Monday, 20 February 2012

catatan hidup/akad aku dengannya





sebatang rokok dinyalakan
sambil berfikir akad aku dengannya
adakah aku bodoh atau kufur nikmat
adakah aku jahil atau malas memahami

aku dikurniakan akal yang berfungsi baik
adakah aku guna akal ini ke jalan yang baik
mungkin aku masih lembab untuk faham
mungkin aku sengaja lembab untuk lari dari memahami

hari ini aku masih lagi rugi
rugi seperti ruginya manusia kuli
aku di tempat belajar yang ada pengajar
tetapi aku masih tidak belajar

sambil mengenang akadku dengannya
aku bertanya
apakah aku ini kufur?
adakah pernah aku bersyukur?

aku pernah gagal
episod yang sama
perkara yang sama
dilakukan aku sebelum aku gagal

akad ini bakal disoal
akad ini adalah janji
akad ini adalah bukti
akad ini adalah garis panduan

akhirnya aku mengerti
pengertian akad ini
Bodoh itu tidak berdosa
tetapi malas itu berdosa

hari ini aku ketawa kah kah kah
ketawakan diri aku sendiri
betapa kelakarnya aku memandang diri kelakar ini
sambil aku menangis di sudut hati

telah lama aku ingkari akad ini
telah lama aku belakangi akad ini
semoga kali ini
aku beringat akad ini akadku dengannya

di petang hari aku berjanji agar panjang umur lagi untuk aku sempurnakan akad ini..

1 comment:

  1. perghh mantap siot... cme still, terlalu brutal... huhu

    ReplyDelete