Thursday 16 February 2012

Perlumbaan Paling Dahsyat Dan Ngeri

Dunia merupakan trek perlumbaaan
Perlumbaan antara hati hati dan jiwa jiwa mengejar kesempurnaan
kejar dan terus mengejar sehingga terlupa yang di belakang

dalam perlumbaan dunia ini
mereka mementingkan diri sendiri
tidak memperdulikan orang lain
semuanya hanyalah untuk kepentingan perut sendiri

tidak terfikir masalah orang lain
tidak terfikir untuk kasihan
kerana mereka hebat
kerana mereka alim dan pandai berkata dan sijil 4.0 bukti pasti masuk syurga

dunia ini sangat kejam
masyarakat sangatlah kejam
yang pandai menindas yang bodoh
kaya menindas yang miskin

jari tengah untuk semua ahli politik
jari tengah untuk semua pejuang
jari tengah untuk semua imam
jari tengah untuk semua pak lebai

ketahuilah ramai yang muak
ketahuilah ramai yang jemu
kononnya hebat berdiri bagai pahlawan
tetapi dayus dan bacul di lapangan

jika imej itu penting
jika nama itu mahu bersih
jika diri tidak mahu terkorban
jika mahu kenyang dan nama

jangan kamu berjuang
jangan kamu berkata tentang korupsi
jangan kamu hentam dan komen berapi
jangan kamu laungkan lagu pembebasan

tolong berfikir
tolong kaji
tolong membaca dan faham isu
tolong dengar nasihat orang lain


"perjuangan tidak memerlukan seorang yang pandai menjaga imej dan takut melaungkan kebenaran di lapangan tetapi hanya berani di medan cyber/jari tengah untuk kamu."

"jika kamu takut malu,pergilah ke tempat yang mampu menjaga kemaluan"

"sial lelaki itu dayus"

kata kata sial ini adalah ekstensial dari sosial yang kita semua bentuk..
jangan malu untuk mengaku..jangan takut untuk berubah..jangan dayus dengan kebenaran.



Tuesday 7 February 2012

Racist Itu Satu Budaya

Racist telah menyerang kita,
Ia ada dalam hidup kita
Ia virus paling berbahaya

Racist atau sifat perkauman sama ertinya dengan assabiyah dan boleh disamatarafkan dengan perkataan double standard dan dihurai dengan faham makna 'pilih kasih`.Di dunia barat dahulunya racist merupakan masalah terbesar mayarakat barat.Lebih terkenal dengan istilah kulit putih dan hitam.Mereka lebih mengutamakan golongan kulit putih dari kulit hitam.Golongan kulit putih lebih mulia dari golongan kulit hitam.Jadi mereka akan menghina dan menindas golongan kulit hitam sewenang wenangnya.Mereka mengamal dasar apartheid yang menindas kulit hitam.


Lihatlah bagaimana si kulit hitam dikerjakan si kulit putih.Ini cerita benar saudara saudari boleh google dengan menaip kata kunci "KKK".Racist ini bukan cerita baru."Double Standard" bukan isu baru."Pilih kasih" sudah lama menular dlm masyarakat Malaysia.Saya  berpendapat sikap pilih kasih dan double standard yang di amalkan di Malaysia akan mengundang budaya Racist di negara kita yang tercinta.

Saya bawakan contoh "double standard" yang diamalkan di malaysia.Contohnya

1)polis tidak akan menyaman polis lain di jalan raya
   tunjuk saja kad polis,100% tidak di saman.
2)orang kenamaan mendapat layanan lebih di bank
   tidak perlu beratur,tunjuk saja muka akan ada kerani khas datang melayan
3)Kontraktor yang pandai mengampu dan membodek akan mendapat banyak projek
   istilah lain "kroni".
4)adanya pergerakan yang menghina dan mencetuskan isu perkauman di Malaysia.
5)pelajar dari sekolah agama rakyat sperti maahad muhammadi tidak mendapat bantuan RM100 walaupun mereka juga rakyat Malaysia
Saya yakin pasti ada yang pernah melihat dan merasakannya.Banyak lagi sebenarnya tapi cukuplah sekadar 5.Janganlah kita bersikap seperti ini.Ingatlahrasulullah datang untuk menyamakan kita semua di bawah nama Islam.Sepatutnya kita hormat menghormati.Ada yang benci dan berasa jijik dengan orang indonesia,bangladesh dan pakistan.sikap ini sangatlah buruk.Bukankah kita semua manusia yang sama saja tarafnya.Yang baik kita puji yang buruk kita tegur.

SAY NO TO RACIST



sebenarnya kita secara tidak sedar mengamalkan sikap racist,double standard dan pilih kasih dalam hidup kita.Ada yang membahagikan manusia denga darjah harta.Ada yang membahagikan dengan warna kulit.Ada juga yang membahagikan manusia dengan darjah pangkat dan nama.


"semulia mulia insan di sisi Allah adalah orang yang bertakwa"

"dijadikan manusia berpuak puak,lelaki dan perempuan supaya mereka berkenal kenalan dan berkerja sama"

saya lemparkan soalan,Jika kita tidak menghormati orang lain,adakah orang akan hormat kepada kita?


ps/:ada orang Melayu racist sangat dan bangga dengan kemelayuan dia lebih dari Islam..


Monday 6 February 2012

Membodek Satu Kelebihan

Membodek adalah satu perlakuan yang amat bagus dalam mencapai sesuatu kehendak atau cita cita.Bodek telah menjadi satu budaya normal bagi masyarakat malaysia.Membodek juga merupakan satu kelebihan atau dalam erti kata mudah ia merupakan SKILL yang penting untuk survive dalam hidup.Ramai ahli politik,kontraktor dan usahawan berjaya kerana mereka memiliki kelebihan membodek.saya berikan kamu satu contoh:"seorang salesman yang tidak pandai membodek pelanggan tidak akan dapat menjual semaksima mungkin barangan mereka.jadi mereka peru menguasai kelebihan membodek ini untuk survive dalam hidup".Dalam istilah lain kita boleh menyama ertikan membodek dengan mengampu.


Membodek boleh menjadi sangat hodoh dan hina apabila seorang pembodek itu sanggup hipokrit dan menipu semasa mengeluarkan kata kata bodek.Ada juga yang mengatakan bodek ini sama erti dengan mengorat dan memikat gadis.Perlunya seorang pembodek@pengorat mengeluarkan kata kata manis yang hipokrit bagi memenangi cinta gadis puajaan.Jadi pebuatan bodek ini sangatlah bahaya.Hati hati kita semua,awasilah pembodek di sekeliling kita.

Lebih menambah hodoh si pembodek ialah mereka sanggup mengiakan yang salah,membenarkan yang bathil dan paling dahsyat menghalalkan yang haram.Apakah kita pernah dan mahu menjadi pembodek seperti ini??


Kepada kaki bodek.Jangan risau ada sebenarnya saluran untuk anda memanfaatkan skill bodek anda.Bodeklah Allah dengan berdoa kepadanya.Janji Allah itu benar,dia akan mengabulkan setiap bodekan dan doa anda.Jadilah pembodek Allah yang sejati bagi mendapatkan syurganya.Bodeklah Allah dengan sepenuh hati dan gunakanlah kata kata manis anda untuk Allah.Bodeklah Rasulullah Nabi Muhammad untuk mendapat syafaatnya.Bodeklah Rasulullah dengan sebenar benar bodek untuk memastikan anda mendapat syafaat sebenar benar syafaat dengan mempebanyakkan selawat kepadanya.Pasti anda akan mendapat nikmat yang sebenar benar nikmat lebih lebih lagi kelebihan membodek anda dan saya adalah kurniaan Allah.

"berdoalah kepada aku nescaya akan aku kabulkan"

"percayalah janji Allah itu benar"


semoga saya menjadi pembodek di jalan yang benar.

Saturday 4 February 2012

Politik dan Mahasiswa

ramai antara kita rakan rakan mahasiswa telah lama tidur.mahasiswa mula tidur sejak tahun 1971 tahun di mana satu akta zalim yang dicipta telahmenyekat darah anak muda untuk terus berjuang demi kebenaran yang semakin ditelan keamanan palsu.mahasiswa kini telah lama diperlembukan.kasihan mahasiwa kita.
AUKU (akta universiti kolej universiti) ini merupakan alat yang digunakan rejim untuk mengekang semangat anak muda.melalui akta 174 dan 555. mahasiswa dihalang dari bebas untuk bersuara,berpartisipasi dan berpolitik.
 Mahasiswa merupakan entiti rakyat yang bakal menjadi intelektual dan tenaga kerja serta tulang belakang negara masa akan datang.Jadi wajarkah adanya akta zalim yang menyekat MAHASISWA??

mahasiswa bangkit pada hari ini bukan kerana ingin memberontak membabi buta.mereka turun berdemonstrasi untuk menyatakan bantahan terhadap akta zalim AUKU.akta zalim ini telah banyak menzalimi mahasiswa dan ahli akademik.mereka ini dihukum oleh AUKU bukan kerana ponteng kelas,berzina,minum arak dan mencuri.Mereka dikenakan tindakan kerana menyatakan kebenaran.Prof aziz bari digantung kerana menyatakan kebenaran.Apakah kita sebagai manusia yang waras berfikir bersetuju dengan akta ini?Tiada kebebasan dalam berakademik,tiada kebebasan bersuara tiada bezanya ahli akademik dan mahasiswa seperti lembu dicucuk hidung.


MAHASISWA MENUNTUT AUKU DIMANSUHKAN BUKAN HANYA INGIN BERPOLITIK
BUKAN INGIN MENYERTAI UMNO,PAS,PKR SEMATA MATA
TUJUAN KAMI IALAH INGINKAN KEBEBASAN BERSUARA DAN BERAKADEMIK
KEBEBASAN UNTUK MEMBERITAHU KEBENARAN DAN HAKIKAT KEPADA RAKYAT SEKALIGUS MEMANFAATKAN ILMU KAMI YANG DITAJA OLEH WANG CUKAI RAKYAT.PERJUANGAN MAHASISWA YANG SEBENAR TIDAK PRO MANA MANA PARTI POLITIK TETAPI MAHASISWA PRO KEBENARAN..

STUDENT POWER!!!!

sosial itu indah

sosial itu indah jika kita tahu batasnya
sosial itu hodoh jika kita langgar hadnya

sosial merupakan istilah moden yg diadaptasi dari erti istilah masyarakat dan jemaah.sosial merujuk kepada bentuk pergaulan antara manusia.

sebenarnya diri kita lah yang membentuk suasana sosial.sama ada ia sihat atau tidak sihat.sosial juga merupakan satu aspek penting dalam pembangunan masyarakat.tulisan ini objektifnya untuk memberi pencerahan kepada mereka yg tidak begitu faham makna SOSIAL...sekian~