Wednesday 28 March 2012

surat terbuka yang lewat.

Muhammad Ashraf b. Dzulkifli
bilik 230,
kolej al-ghazali,
Universiti Malaya Nilam Puri.


kepada:


Pelajar/Sahabat,Staf,Guru dan Murabbi
Universiti Malaya Nilam Puri.

SURAT TERBUKA YANG BEBAS

Berdasarkan perkara di atas pertama sekali saya memohon maaf kepada Pelajar/Sahabat,Staf,Guru dan Murabbi di atas perkara berikut:


  1. kecuaian saya dalam bergaul
  2. kelewatan saya ke kelas
  3. taukiq/tandatangan palsu
  4. ketiadaan saya di dalam kelas
  5. sikap cuai saya yang membuang sampah merata rata


di kesempatan ini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pelajar/Sahabat,Staf,Guru dan Murabbi di atas perkara berikut:


  1. sentiasa menolong saya di dalam apa jua keadaan
  2. ilmu yang diberikan kepada saya
  3. menerima saya seadanya
  4. menjaga keselamatan saya di kolej
  5. menulis surat bejumpa dengn doktor fatah setiap hari selasa
  6. makanan dan minuman yang disajikan kepada saya
saya memohon makan minum saya dihalalkan dan jika ada salah silap mohon di maafkan.apalah kiranya hendak saya balas jasa baik kalian melainkan doa yang tidak seberapa mujarab saya tadahkan untuk kalian.saya mengharapkan kalian berlapang dada dan menerima harapan saya yang mudah tetapi besar nilainya bagi saya.kebiasaannya saya tidak akan mengucapkan selamat tinggal tetapi saya ucapkan jumpa lagi di lain masa.

sehingga di lain masa di saat kita bertentang mata,di saat tubuh bergetar berpelukan ukhuwah,di saat hati merindu keranaNYA saya pohonkan kalian sentiasa dirahmati Allah sehingga kita bertemu lagi.

yang benar,

Muhammad Ashraf b. Dzulkifli
(penginap bilik 230,majmuah 6,mentee Dr Nawi)