Monday 14 May 2012

BN salah 100% atau PR betul 100%?atau sebaliknya?(aku rakyat bebas)

ketaksuban,gila kepada kuasa dan keghairahan untuk berkuasa merupakan salah satu faktor yang membawa kehancuran kepada sesebuah negara.semakin bertambah usia bumi,semakin melangkah jauh di zaman fitnah semakin banyak kerajaan kukubesi tumbang di tangan rakyat.rejim mubarak tumbang di medan tahrir.rejim ghadaffi dihambat hingga ke pembentung.revolusi menjadi budaya sejak kebelakangan ini.

sebagai rakyat yang cintakan tanah air,jauh sekali aku ingin melihat Malaysia tercinta ini berevolusi mengikut budaya dunia.biarlah ia berevolusi mengikut sistem yang aman,iaitu melalui pilihan raya.jika pilihan raya tidak adil dan bersih bagaimana lagi Malaysia hendak berevolusi dengan aman?

bagaimana hendak menuju ke arah malaysia yang lebih baik?penyokong PR menuduh BN itu penipu.penyokong BN menuduh PR itu pemfitnah.ada kalanya BN fitnah PR dan PR tuduh BN.adakah PR 100% benar dan BN 100% salah atau sebaliknya.

budaya ini jika diteruskan merugikan Malaysia.orang BN taksub dgn parti mereka.orang PR taksub dgn parti mereka.hingga sampai ke tahap tidak mahu berimamkan imam yang berbeza parti.jenis pemikiran inilah yang harus dikikis.BN tidak semuanya jahat dan PR tidak semuanya baik.

jika benar pilihan raya kotor bersihkanlah agar ia adil dan telus.jika pilihan raya bersih dan adil sebelum ini seperti yang dipertahankan kerajaan dan SPR maka berbanggalah dengan kebenaran itu.perbuatan menipu dan khianat sama sekali melanggar norma dan fitrah kemanusiaan.jika itu yang dijadikan kiblat maka samalah seperti binatang yang tidak berakal malahan lebih teruk.

begitu juga jika kamu kerajaan kamu membawa sesuatu yang benar berbanggalah,jika kamu pembangkang kamu membawa sesuatu yang benar berbanggalah dan berasa malulah jika kamu salah.

bagaimana jika kita mahu parti kita menang dan mengharap orang mengundi parti kita jika masing masing keras kepala dan saling berdiskriminasi??bersederhanalah itulah jawapannya.turut kepada kebaikan dan kutuklah kebatilan.

jika kamu imam
jika kamu peguam
jika kamu sunni
jika kamu syiah
jika kamu hindu
jika kamu buddha
jika kamu kristian
jika kamu anarkis
jika kamu sultan atau raja

sanggupkah kamu melihat penipuan dan kezaliman?
walaupun mungkin mereka itu berbeza aliran politik atau ideologi?

jika sanggup samalah kamu seperti unggas dan mawas di belantara hidup lara tanpa akal persisnya.


walau apa pun,aku tetap dengan kempen:

DEMONSTRASI BUDAYA KITA




JANGAN JOIN MAT RACIST



SYRIA DAN PALESTIN TETAP DI HATI








Thursday 10 May 2012

1 Malaysia,laungan perpaduan atau seruan racist?

laungan perpaduan,1 Malaysia.laungan yang sering dilaungkan untuk menyemai perpaduan rakyat malaysia.laungan 1 malaysia menyeru semua kaum di malaysia untuk bersatu padu,bertoleransi dan hidup dalam keadaan yg harmoni bersama sama.aku sebagai rakyat malaysia sangat sayang kepada tanah air ini.aku tidak mempunyai masalah untuk duduk bersama org cina atau india.jadi serba sedikit aku menyokong 1 malaysia di atas paksi hidup harmoni dan bersatu padu dengan kaum lain.ini bukan bermakna AKU penyokong atau kuda barisan nasional.

tetap kini aku memandang 1 malaysia hanyalah retorik dan laungan palsu lakonan dato` seri najib selaku perdana menteri malaysia.maaf kata dato` seri najib telah gagal menyemai semangat 1 malaysia di kalangan ahli2 BN sekaligus ahli UMNO.

hal ini kerana aku melihat ramai lagi ahli2 UMNO yg menghasut masyarakat dengan hasutan di mana mengatakan bila anwar ibrahim and the gang memerintah melayu hilang kuasa dan islam hilang kehrmatan.apakah sekarang UMNO menjaga kehormatan ISLAM??.tidak cukup dengan itu mereka menggelar lim guan eng sbg anti islam untuk mereka kekal sbg hero.adakah sebelum ini melayu yg menjadi ketua menteri pulau pinang??.di mana letaknya keberkesanan laungan 1 malaysia????

lebih menyakitkan hati bila puak2 racist yg malas membaca ini berbicara tentang agama.tapi mereka buta UMNO sendiri pun berkerja sama dengan MCA dan MIC..adakah MCA dan MIC berbangsa melayu?jadi bagi aku 1 malaysia hanya retorik di mana tiada semangat perpaduan,yg ada hanyalah laungan racist "HIDUP MELAYU".benarlah kata saudara Hishamuddin Rais di mana hantu org melayu adalah org cina.

kesimpulannya,1 malaysia gagal dan terus gagal jika masih ada puak2 berfikiran sempit dan racist.jadi saya katakan laungan 1 malaysia adalah retorik sebaiknya digantikan dengan "MALAYSIA UNTUK MELAYU"..

fikirlah atau kamu akan rugi..


DEMONSTRASI BUDAYA KITA




KATAKAN TIDAK PADA MAT RACIST



MAT RACIST GENG DENGAN MAMAK..KAH KAH KAH

Wednesday 9 May 2012

mansuh PTPTN hingga ke BERSIH 3.0

sekian lama setelah kebebasan akademik lahir pula kempen mansuhkan PTPTN.rasanya malas aku nk tulis panjang2 ap yang berlaku,ap yang terjadi..tak mahu aku tulis kerana aku tak ada di situ.sebenarnya terasa sangat2 kerugian kerana aku tak duduk sekali cuma mampu menyokng dari jauh.

apa yang aku ingin katakan perjuangan mahasiswa masih belum selesai.dari satu tuntutan ke satu tuntutan.dari bebas berakademik ke mansuh PTPTN masih belum satu pun berjaya.apa pun kezaliman penindasan yang dihadapi mahasiswa sedikit pun tidak menggetarkan jiwa dan hati pejuang mahasiswa.aku tak kesah jika kerajaan tak mahu dengar suara mahasiswa,kerana terbukti rakyat sudah terasa gelombang kebangkitan mahasiswa.rakyat sahajalah harapan mahasiswa untuk tukar rejim dan sekaligus memakbulkan tuntutan mahasiswa.

usaha,usaha dan terus beraktivisme bukan kerana nama atau mahu popular.perjuangan ini untuk menjamin masa depan generasi muda.kepada mereka yang menghina perjuangan mahasiswa kami sedikit pun tidak berkira atau mengungkit jika kamu atau anak2 kamu merasa pendidikan percuma dan kebebasan berakademik kerana itu hak kita semua cuma kini kamu buta dan agak bebal mengerti satu realiti kini.

BERSIH3.0...ibu segala demo dan ini adalah demo yg menyuarakan tuntutan rakyat.mahasiswa juga rakyat.mereka berhak untuk turut serta.tiada kena mengena dengan rejim jika mahasiswa mahu berdemo kerana hari sabtu adalah hari cuti lebih baik berdemo dari pergi merancuk dan clubbing.

aku berani tulis kerana aku pergi BERSIH3.0 sebagai rakyat marhaen dan bukan kerana parti politik atau mak cik ambeega.di sana bermacam2 jenis manusia ada yg PUNK,SOSIALIS,KOMUNIS,ANARKIS,LGBT,BLACK METAL tak kurang juga SB,mereka memeriahkan sambutan rakyat untuk menyatakan tuntutan.

tapi sayangnya dataran merdeka dipagar,tetapi bagi aku itu atu perkara yang bagus,bila mereka tutup dataran maknanya kami akan ke jalan raya.pembangkang punya parti politik melompat gembira kerana inilah masanya menunjukkan kejahatan BN atau nama manjeNYE "REJIM"..jika kerajaan bagi dataran pembangkang mati kutu.

BERSIH3.0 menggamit kenangan bagi pencinta demokrasi dan mereka yang hobinya berdemo.
FRU mmg ganas.polis juga ganas..ini mempercepatkan tarikh expired REJIM untuk dihumban ke tong sampah kapitalis.NAMPAKNYA ANWAR IBRAHIM AND THE GANG MELOMPAT GEMBIRA BILA POLIS DAN FRU BAWAH TAJAAN REJIM MENGGANAS..KAH KAH KAH

DEMONSTRASI BUDAYA KITA





kepada mereka yang tak pergi jangan risau DEMONSTRASI BUDAYA KITA...KAH KAH KAH