Thursday 11 October 2012

ISLAM MERAIKAN FESYEN DAN BUDAYA.


Faktor yang membawa islam terus berkembang ke seluruh daerah dan berkembang maju secara universal dan menyeluruh ke serata dunia dan mampu diterima semua kaum manusia adalah kerana islam tidak menghapuskan adat resam dan budaya sesuatu kaum manusia selagi ia tidak bertentangan dengan prinsip prinsip islam atau menyebabkan orang lain salah faham terhadap islam.

Manusia yang mendiami bumi lahir dari pelbagai suku kaum,tinggal di daerah dan Negara yang berbeza beza,manusia berserakan di seluruh dunia dan di setiap daerah dan Negara itu terdapat budaya yang berbeza beza,manusia juga bertutur bahasa yang berbeza beza,rupa dan warna kulit juga berbeza beza namun di atas kesyumulan islam manusia yang berbeza beza ini disatukan di bawah satu kalimah tauhid dan di hati mereka adalah hati hati yang takut dan yakin secara total kepada Allah.

Islam tidak pernah menghalang manusia berbudaya,malah jauh sekali islam melarang umatnya berfesyen.Fesyen atau bahasa mudahnya cara berpakaian adalah lambing bangsa dan bukan pakaian agama.Melayu berbaju melayu bukan kerana itu pakaian islam,tetapi ia adalah pakaian bangsa.Jika bangsa cina terkenal dengan cheongsam,india dengan kurta dan saree manakala jubah yang manis itu sinonim dengan bangsa arab.Jadi pakaian adalah budaya bangsa dan bukan pakaian agama.
Di dalam islam terdapat disiplin yang perlu dipatuhi.Selagi disiplin ini dipatuhi tiada masalah di sisi islam.Antara disiplin yang perlu dipatuhi antaranya:


  1. menutup aurat secara total
  2. tidak tabarruj
  3. tidak jarang dan menampakkan kulit
  4. tidak ketat hingga menampakkan bentuk anggota badan yg aurat.



Cara berpakaian ini sebenarnya telah ditunjukkan nabi untuk membuktikan fleksibelnya islam.
Rasulullah juga bersifat fleksibel dalam soal fesyen pakaian selagi tidak melanggari batas syariah. Baginda menggalakkan warna putih, namun hadis-hadis menunjukkan baginda juga memakai warna lain. Baginda memakai berbagai-bagai pakaian dari berbagai-bagai negeri seperti Yemen, Najran, Mesir dan lain-lain. Bahkan dalam hadis dari al-Mughirah bin Su’bah, beliau berkata: Sesungguhnya Nabi s.a.w. memakai jubah Rom – dalam sebahagian hadis disebut jubah syamiah (negeri Syam) – yang sempit kedua tangan bajunya. (Riwayat al-Bukhari, Muslim al-Tirmizi, al-Nasai dan lain-lain).

Padahal Rom ketika itu adalah tamadun besar Kristian bagaikan dunia Barat pada hari ini. Namun jubah Rom atau syamiah tiada kaitan dengan agama berkenaan, ia adalah pakaian bangsa. Lihat apa kata sarjana agung umat ini Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah (meninggal 728H): “Rasulullah s.a.w. itu pernah memakai gamis (baju labuh) dan serban, baginda pernah memakai kain sarung dan ridak (baju separuh yang dipakai bersama kain sarung), baginda pernah memakai jubah dan farajiah (baju besar dan panjang kedua tangannya).


“Baginda pernah memakai pakaian daripada jenis kapas, bulu dan selainnya. Baginda pernah memakai jubah bulu ketika bermusafir. Baginda juga memakai apa yang dibawa dari Yemen dan selainnya. Kebanyakannya dibuat daripada kapas. Mereka (pada zaman tersebut) juga memakai buatan Qibti Mesir yang ditenun daripada kapas. Maka, bererti sunah Rasulullah dalam hal ini adalah seseorang memakai pakaian dan memakan makanan yang mudah didapati dalam negerinya. Maka perkara berbagai-bagai berdasarkan kepelbagaian negeri.” (Ibn Taimiyyah, Majmu‘ah al-Fatawa, 11/541, Riyadh: Maktab al-Abikan). Kata al-Imam Ibn Qayyim (meninggal 751H) pula: “Petunjuk Nabi dalam berpakaian itu adalah memakai apa yang paling bermanfaat (sesuai) untuk badan, paling ringan dan mudah dipakai dan ditanggalkan.” (Ibn Qaiyyim, Zad al-Ma‘ad, 4/237, Beirut: Muassasah al-Risalah).

Jadi,di dalam islam tiada masalah untuk kita berpakaian atau berfesyen.Ini membuktikan islam itu fleksibel.jika ada fesyen atau pakaian yang mendedahkan aurat maka ini harus ditentang jika bertentangan dengan prinsip dan disiplin agama islam.

Budaya sesuatu masyarakat juga tiada masalah.Adat resam turun temurun juga diperbolehkan selagi ia tidak bertentangan dengan prinsip islam.suka saya katakan sesuatu perkara yang tiada ketetapan nas adalah harus selagi ia tidak bertentangan dengan prinsip islam.Adat dan budaya yang membawa kepada kesyirikan seperti tepung tawar serta tokok tambah di dalam agama haruslah ditinggalkan dan ditentang.

Hal ini jelas dalam hadis-hadis Nabi, antaranya: Daripada Anas bin Malik, apabila Nabi s.a.w. ingin menulis surat Rum. Lalu diberitahu kepadanya bahawa mereka itu tidak membaca surat yang tidak mempunyai cop. Lalu baginda membuat cop daripada perak. Kata Anas: seakan aku masih melihat kilauan cop berkenaan di tangan Nabi s.a.w. berukir Muhammad Rasulullah. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Hadis ini jelas menunjukkan baginda Nabi meraikan kebiasaan sesuatu kaum selagi tidak menyanggahi prinsip Islam. Baginda tidak berkeras menolak protokol itu atau tidak mempedulikannya.

Sedangkan jika Nabi tidak mengikut kebiasaan mereka lalu mereka menolak surat baginda, kerugian hanya balik kepada diri mereka semata. Kedudukan baginda sebagai nabi dan rasul jauh lebih tinggi daripada mereka semua. Namun, baginda bertolak ansur dalam hal yang seperti ini kerana islam itu sangat fleksibel.

Saya berasa pelik ada segelintir agamawan yang menolak serta melarang anak muda berseluar jeans dan ber t shirt hitam.Alasannya menyerupai yahudi.persoalannya adakah pakaian ibadat yahudi itu seluar jeans dan t shirt hitam?selagi disiplin dan prinsip islam tidak dilanggar maka ia dibolehkan.Melainkan di t shirt itu tertera kalimah yang mensyirikkan serta merosakkan islam maka ia perlu dihalang dan ditentang.Keluarlah kita dari kepompong yang menyempitkan islam ini dari segi berpakaian dan fesyen.

Rasulullah memakai apa yang senang dipakai dan beliau tidak menetapkan bagaimana jubahnya dijahit kerana baginda bukan tukang jahit.sekalipun jika beliau tidak diangkat menjadi rasul jubah itu masih pakaian rasmi masyarakat arab.lebih malang lagi saya melihat masyarakat terutamanya di pesantren menitik beratkan sunnah budaya arab ini lebih berat dari sunnah nabi terutama di dalam ibadat.Cara solat nabi,puasa nabi,haji nabi serta ibadat lain yang di ajar nabi.inilah sunnah yang utama diikuti,jauhilah bid`ah.

Justeru, sunah baginda yang mana tidak wujud jika tidak kerana baginda seorang rasul, diperintahkan untuk kita ikuti. Ini seperti cara solat, puasa, haji, prinsip ekonomi, pendidikan, perundangan dan seumpamanya. Bahkan diharamkan kita menokok tambah atau mereka cipta apa yang baginda yang tidak tunjuk dalam soal ibadah kerana itu seperti mencabar kerasulan baginda. Maka perkara ibadah khusus seperti wuduk, solat, puasa, haji hanya diambil daripada baginda, tokok tambah atau seni rekaan selain baginda tidak diiktiraf.

Jika sesuatu budaya atau fesyen itu bertentangan dengan budaya islam maka tinggalkanlah.Selagi budaya dan fesyen itu tidak bertentangan dengan islam maka ia harus di amalkan.jangan kerana budaya dan fesyen kita yang terlalu sempit mengundang salah faham dan persepsi buruk masyarakat dunia kepada islam.


Wednesday 3 October 2012

KERBAU (sebuah hikayat melayu tradisional)

    Tersebutlah al-kesah nun di sebuah negeri yang kaya.Buminya hijau.Tanahnya subur.Kekayaan hasil bumi melimpah ruah.Di situlah bermulanya sebuah hikayat yang akan menceritakan perihal kerbau yang diperintah oleh Dewa Dewi yang pemurah.Di negeri yang makmur dan aman dari segala jenis angin mongsun dari barat mahupun timur ini pada zaman sebelum diperintah dewa dan dewi telah dijajah beratus ratus tahun.Kerbau merupakan penduduk asal di negeri yang kaya ini.

    Zaman penjajahan merupakan zaman yang sangat dahsyat serta menyimpan memoir pejuang kemerdekaan yang sanggup menggadai nyawa demi sebuah kemerdekaan.Akhirnya kemerdekaan berjaya diraih oleh dewa dan dewi yang berjaya memerdekakan negeri dan kerbau jelata ini dari penjajah yang bijak setelah kekayaan negeri ini puas dirompak sang penjajah.Maka dewa dewi ini diangkat gah menjadi sang pembebas.

     Oleh kerana dewa dewi telah memerdekakan tanah ini maka kerbau kerbau diajak dan dipaksa untuk bersyukur kepada dewa dewi ini.kerbau kerbau miskin sangat sayangkan dewa dewi ini.Mereka sanggup mati jika dewa dewi ini dihina.Dewa dan dewi sangat gumbira kerana kerbau kerbau di negeri ini bodoh dan senang diperalatkan.Ketua dewa dewi ini digelar sebagai Mahadewa.Mahadewa merupakan idola serta taulada kepada generasi muda kerbau.

      Kerbau kerbau di tanah ini sangat rajin bekerja.Mereka bekerja keras untuk meneruskan hidup di bumi yang kaya ini.Melihatkan kerbau sangat rajin bekerja dan meraih pendapatan yang lumayan,Mahadewa telah memanggil dewa dan dewi untuk bersidang."nampaknya kerbau mampu menjana pendapatan lumayan,"kata mahadewa.Seorang dewa pula menyampuk "kita perlu ambil sedikit dari hasil mereka dengan menaikkkan cukai".Mahadewa menambah lagi "jika kita menaikkan cukai maka kita perlu menyediakan jalan yang baik,pendidikan yang percuma serta segala apa yang bagus untuk kerbau kerbau,saya takut mereka akan marah ditipu kita" ujar sang mahadewa.Timbalan mahadewa menambah pula "jangan risau,kita ini telah memerdekakan tanah kerbau ini,kita layak mengambil hak mereka,jika mereka bertanya kita suruh sahaja mereka bersyukur"."kah kah kah,.jangan risau saya akan sediakan laporan kewangan yang akan mengaburi mata mata kerbau,jika mereka lihat semua duit dibelanjakan untuk pengurusan dan bukan ke dalam poket kita mereka tidak akan tahu"ujar timbalan dewa kewangan. kah kah kah!!! seluruh kabinet dewa dewi ketawa kerana berjaya menyusun sebuah strategu songlap duit kerbau telah mencapai konsesus.

      Maka naiklah cukai.hidup kerbau kerbau semakin tertekan,keperluan asas seperti rumput,baja rumput serta jalan tanah merah yang tidak rata serta berlubang membuatkan ramai kerbau yang terbenam.Tidak kurang ada yang mengemis rumput di tepi padang ragut.kerbau kerbau cuba memprotes tetapi dihalang oleh sgerombolan kerbau samseng yang bodoh."mengapa kamu semua mahu memprotes?demonstrasi sana sini.tak ada kerja lain ke?"ujar ketua kerbau samseng.Kerbau bijak yang sayangkan kerbau samseng yang bodoh itu dari terus ditipu gerombolan mahadewa yang tamak itu cuba memujuk dan menerangkan hakikat sebenar yang berlaku di tanah kerbau"kami ini memprotes bukan kerana bencikan mahadewa dan mahu menghancurkan tanh kerbau yang tercinta ini.Tetapi kami mahu mempertahankan dan membela hak kita kaum kerbau dari terus diambil dan digunakan sesuka hati oleh dewa dewi yang tamak yang hanya ingin memenuhkan poket mereka.Keuntungan kerajaan dan hasil kutipan cukai yang tinggi sepatutnya dibelanjakan untuk kita sebaik mungkin dan bukan untuk dibazirkan.contohnya,komisen untuk membeli kapal selam sudah hampir 500000 Ringgit Kerbau.Kita layak menikmati pendidikan kerbau percuma supaya lahir kerbau yang bijak pandai,harga rumput yang lebih murah serta padang ragut yang lebih luas,tetapi hakikatnya kita masih sama seperti zaman dahulu,kerbau yang kaya semakin kaya,kerbau yang miskin semakin miskin"ujar kerbau bijak dengan panjang lebar."Ahhhhhhhhhhhhhhh, kamu semua harus bersyukur,harga rumput kita lebih murah dari negara lembu.Kerajaan mahadewa juga menyediakan pinjaman untuk kerbau melanjutkan pelajaran.apa lagi yang kamu mahukan,jika tidak suka negara kerbau ini sila berambus dari negara ini dan pindah ke negara lain"bidas samseng kerbau yang ternyata bodoh.

       Berita kekecohan serta ketidak puas hatian kerbau kerbau intelek telah sampai ke telinga Mahadewa yang agung.Yang lebih menakutkan ada segelintir kerbau kerbau yang tidak takut dengan ancaman.Mereka sering membuatkan mahadewa berasa kecut perut apabila mereka menganjurkan demonstrasi.Mahadewa mengarahkan dewa keselamatan dalam negeri untuk melepaskan kerbau gila untuk membelasah kerbau kerbau yang hanya membawa garamrumput dan sebaldi air.Golongan ini mahukan pilihanraya bersih supaya kerajaan kerbau dapat dihapuskan serta  diganti dengan kerajaan kerbau yang berjiwa rakyat.Mahadewa berasa sangat gentar.Kerbau kini tidak lagi bodoh.Mahadewa perlukan idea pembodohan baru yang mampu membodohkan kerbau.Mahadewa sanggup menjatuhkan maruah dari berdebat dengan ketua keadilan kerbau kerana mahadewa sedar beliau ketandusan idea.

        Mahadewa telah memanggil kabinet dewadewi bersidang di sebuah tempat yang rahsia untuk membincangkan strategi.akhirnya mereka telah mencapai satu lagi projek pembodohan kerbau untuk kerbau.hasilnya:


  1. bantuan rumput 1kerbau (BR1K)
  2. terima baja rumput 1kerbau(TR1K)
  3. baucer wayang 1kerbau(BW1K)
  4. padang ragut 1kerbau(PR1K)
  5. klinik kerbau 1kerbau(KK1K)
       Kerbau bersyukur melonjak gembira dan bersyukur kepada mahadewa dan dewa dewi kerana pemurahnya kerajaan mahadewa.Kerbau samseng sangat gembira kerana usahanya mencacai dan membodek mahadewa menggagalkan kerbau cerdik akhirnya mendapat perhatian dari mahadewa."mahadewa merupakan pemimpin paling jujur dan amanah,beliau mengerti kesusahan rakyat kerbau"ujar ketua samseng kerbau."sudah sudahlah menjadi bodoh,setelah 55 tahun merdeka baru kini kita merasa saguhati dari mahadewa.sudah berbilion ringgit kerbau mahadewa enjoy bersama keluarga dan kroni lebihannya diberi kepada kita.sepatutnya kita berhak lebih dari ini"ujar ketua kerbau intelek."jangan terima bantuan ini jika kamu tidak suka kepada mahadewa"balas kerbau samseng."kami berhak menerima ini kerana ini adalah hak kami dan tidak satu sen pun menggunakan duit mahadewa,ini semua adalah duit rakyat kerbau!"balas kerbau intelek.

       Perbalahan ini terus melingkari segenap ruang demokrasi di negara kerbau.Selagi ada kerbau samseng yang bodoh.Selagi itu mahadewa akan berkuasa dan tidak akan berhenti dari menyuruh rakyat kerbau bersyukur.salah laku mahadewa,rasuah antara dewa dewi merupakan aspek penting yang perlu ditentang bagi mengembalikan kemakmuran tanah kerbau.Kekayaan tanah kerbau perlu dimiliki secara adil dan saksama dan merupakan nikmat yang wajib dinikmati oleh kerbau.Mahadewa seperti kebiasaannya akan menggunakan apa cara sekalipun untuk memastikan beliau terus berkuasa.Seperti kerbau yang sibuk bersyukur maka selagi itulah akan ada kerbau kerau intelek yang terus melawan.Jangan terus mnjadi mangsa.Bangkitlah kerbau engkau bukan hamba untuk memenuhkan poket mahadewa,sepatutnya mahadewa bekerja untuk mengembungkan poket kamu.



~TAMAT~



TERUSKAN MELAWAN
DEMONSTRASI BUDAYA KITA!!




         

Tuesday 2 October 2012

MAKAN BABI BARU ADA AKAL.

VIDEO INI SANGAT  OFFENSIVE
MENGGUNAKAN VULGAR LANGUAGE

APAKAH BENAR MELAYU INI MAKAN BABI??
ADAKAH YANG DALAM VIDEO INI BABI??

MARI KITA SAKSIKAN MELAYU SEJATI BERAKSI...









mohon PEKIDA dan PERKASA siasat hal ini......