Wednesday 29 January 2014

Jangan Bunuh Bahasa Ibunda

Aku tertarik dengan tatu milik seorang aktivis ketika keluar bersosial yang berbunyi "jangan bunuh bahasa ibunda" yang ditulis dalam tulisan jawi.Sambil minum, aku berfikir apa ada dengan bahasa ibunda.Adakah bahasa ibunda masih hidup?Apakah bahasa ibunda masih lagi relevan?Apakah anak muda seperti aku masih lagi memandang tinggi dan bangga akan bahasa ibunda?

Semua ini berlaku pantas,sepantas rokok dibakar.

Khir Johari telah menukar penggunaan tulisan jawi kepada rumi pada tahun 1966 ketika beliau memegang jawatan sebagai menteri pelajaran.Tindakan Khir Johari tidaklah dianggap sebagai cerdik, berani atau progressif.Tetap tersemat bagi aku beliau hanyalah sosok yang membunuh warisan tulisan jawi.Sosok ini harus dipertanggungjawabkan atas kejahilan bangsa aku dalam membaca tulisan jawi.

Bukanlah aku ini bersifat perkauman, tetapi hari ini aku melihat anak-anak Melayu seolah-olah sesat dalam perjalanan mencari identiti.Setiap bangsa mempunyai ras,bahasa dan budaya mereka.Tidak ketinggalan Melayu yang asalnya mempunyai identiti sendiri.Ya benar, tulisan jawi itu asimilisasi dari abjad arab dan rumi datang dari abjad inggeris.Ini memang tidak dapat dinafikan kedua-duanya adalah asimilisasi dari identiti bangsa lain, tetapi bagi aku tulisan jawi merupakan lambang persaudaraan antara bangsa melayu dan bangsa arab ketika itu.Tulisan melayu Jawi tidak seharusnya dibunuh kerana ia adalah warisan sejarah identiti bangsa Melayu.

Ini berkait rapat dengan teori kedatangan Islam ke nusantara yang diperkenalkan John Crawford disokong oleh Syed Naquib yang berteori bahawa Islam datang dari tanah arab.Hujahnya jika dilihat tulisan jawi merupakan asimilisasi tulisan arab maka mereka bersetuju Islam itu datang dari tanah arab itu sendiri.Jika kita biasa dengan nama Hamzah Fansuri, Nuruddin al Raniri, dan Abdul Samad al Palembangi, mereka ini adalah ulama nusantara yang menulis kitab mereka di dalam tulisan jawi.

Bahasa Melayu kini 

Akhir ini aku melihat bahawa anak Melayu semakin jauh sesat dalam mencari identiti.Nama diberi pun seolah-olah mengiyakan kondisi sesat dalam mencari identiti, maka lahirlah golongan anak Melayu moden hasil dari tulisan rumi yang dibawa Khir yang menulis Bahasa Melayu seakan tidak pernah diajar tatabahasa di sekolah.Mungkin mereka ini ponteng kelas atau malas belajar.



Melayu yang sesat dalam berbahasa


Bukannya aku menentang tulisan rumi, aku cuma bertanya kita ini bangsa apa dan apa identiti kita. Bukanlah mahu berbangga akan bangsa cuma risau akan identiti bangsa ini.Ketika orang Jepun maju dengan bahasa mereka, ketika India terus mundur dengan bahasa inggerisnya, ketika melayu sesat dalam identitinya.Cuma kadang aku terfikir jika terus menggunakan jawi, bahasa seperti di atas mungkin tidak wujud.Mungkin ini bangsa baru pecahan dari Melayu.Apa pun yang berlaku, penggunaan bahasa inggeris sebagai nama pertubuhan yang memperjuangkan bangsa melayu seperti UMNO (united malays national organisations) merupakan kesilapan yang paling baghal tercatat dalam perjalanan bangsa Melayu mencari identiti.


Tiada guna kalau tiada siapa reti baca.