Monday 6 February 2012

Membodek Satu Kelebihan

Membodek adalah satu perlakuan yang amat bagus dalam mencapai sesuatu kehendak atau cita cita.Bodek telah menjadi satu budaya normal bagi masyarakat malaysia.Membodek juga merupakan satu kelebihan atau dalam erti kata mudah ia merupakan SKILL yang penting untuk survive dalam hidup.Ramai ahli politik,kontraktor dan usahawan berjaya kerana mereka memiliki kelebihan membodek.saya berikan kamu satu contoh:"seorang salesman yang tidak pandai membodek pelanggan tidak akan dapat menjual semaksima mungkin barangan mereka.jadi mereka peru menguasai kelebihan membodek ini untuk survive dalam hidup".Dalam istilah lain kita boleh menyama ertikan membodek dengan mengampu.


Membodek boleh menjadi sangat hodoh dan hina apabila seorang pembodek itu sanggup hipokrit dan menipu semasa mengeluarkan kata kata bodek.Ada juga yang mengatakan bodek ini sama erti dengan mengorat dan memikat gadis.Perlunya seorang pembodek@pengorat mengeluarkan kata kata manis yang hipokrit bagi memenangi cinta gadis puajaan.Jadi pebuatan bodek ini sangatlah bahaya.Hati hati kita semua,awasilah pembodek di sekeliling kita.

Lebih menambah hodoh si pembodek ialah mereka sanggup mengiakan yang salah,membenarkan yang bathil dan paling dahsyat menghalalkan yang haram.Apakah kita pernah dan mahu menjadi pembodek seperti ini??


Kepada kaki bodek.Jangan risau ada sebenarnya saluran untuk anda memanfaatkan skill bodek anda.Bodeklah Allah dengan berdoa kepadanya.Janji Allah itu benar,dia akan mengabulkan setiap bodekan dan doa anda.Jadilah pembodek Allah yang sejati bagi mendapatkan syurganya.Bodeklah Allah dengan sepenuh hati dan gunakanlah kata kata manis anda untuk Allah.Bodeklah Rasulullah Nabi Muhammad untuk mendapat syafaatnya.Bodeklah Rasulullah dengan sebenar benar bodek untuk memastikan anda mendapat syafaat sebenar benar syafaat dengan mempebanyakkan selawat kepadanya.Pasti anda akan mendapat nikmat yang sebenar benar nikmat lebih lebih lagi kelebihan membodek anda dan saya adalah kurniaan Allah.

"berdoalah kepada aku nescaya akan aku kabulkan"

"percayalah janji Allah itu benar"


semoga saya menjadi pembodek di jalan yang benar.

No comments:

Post a Comment