Saturday 4 February 2012

Politik dan Mahasiswa

ramai antara kita rakan rakan mahasiswa telah lama tidur.mahasiswa mula tidur sejak tahun 1971 tahun di mana satu akta zalim yang dicipta telahmenyekat darah anak muda untuk terus berjuang demi kebenaran yang semakin ditelan keamanan palsu.mahasiswa kini telah lama diperlembukan.kasihan mahasiwa kita.
AUKU (akta universiti kolej universiti) ini merupakan alat yang digunakan rejim untuk mengekang semangat anak muda.melalui akta 174 dan 555. mahasiswa dihalang dari bebas untuk bersuara,berpartisipasi dan berpolitik.
 Mahasiswa merupakan entiti rakyat yang bakal menjadi intelektual dan tenaga kerja serta tulang belakang negara masa akan datang.Jadi wajarkah adanya akta zalim yang menyekat MAHASISWA??

mahasiswa bangkit pada hari ini bukan kerana ingin memberontak membabi buta.mereka turun berdemonstrasi untuk menyatakan bantahan terhadap akta zalim AUKU.akta zalim ini telah banyak menzalimi mahasiswa dan ahli akademik.mereka ini dihukum oleh AUKU bukan kerana ponteng kelas,berzina,minum arak dan mencuri.Mereka dikenakan tindakan kerana menyatakan kebenaran.Prof aziz bari digantung kerana menyatakan kebenaran.Apakah kita sebagai manusia yang waras berfikir bersetuju dengan akta ini?Tiada kebebasan dalam berakademik,tiada kebebasan bersuara tiada bezanya ahli akademik dan mahasiswa seperti lembu dicucuk hidung.


MAHASISWA MENUNTUT AUKU DIMANSUHKAN BUKAN HANYA INGIN BERPOLITIK
BUKAN INGIN MENYERTAI UMNO,PAS,PKR SEMATA MATA
TUJUAN KAMI IALAH INGINKAN KEBEBASAN BERSUARA DAN BERAKADEMIK
KEBEBASAN UNTUK MEMBERITAHU KEBENARAN DAN HAKIKAT KEPADA RAKYAT SEKALIGUS MEMANFAATKAN ILMU KAMI YANG DITAJA OLEH WANG CUKAI RAKYAT.PERJUANGAN MAHASISWA YANG SEBENAR TIDAK PRO MANA MANA PARTI POLITIK TETAPI MAHASISWA PRO KEBENARAN..

STUDENT POWER!!!!

No comments:

Post a Comment