Thursday 17 September 2015

Himpunan Baju Merah :Tukang masak nyanyuk

Semalam tanggal 16 september merupakan Hari Malaysia. Tarikh ini merupakan saat besar buat keluarga Malaysia bertambah besar dengan penyertaan Borneo dan Singapura ke dalam keluarga Malaysia. Kepelbagaian budaya dan rencam menambahkan sedapnya rasa masakan sebuah keluarga yang bernama Malaysia.

Seorang tukang masak yang memasak selama lebih 50 tahun sudah pasti menjadikannya seorang tukang masak yang arif dalam kepelbagaian rasa. Sentuhannya dalam mengadunkan bahan sudah pasti menjadikan masakan itu cukup rasa, enak dimakan malah persembahan hidangannya sepatutnya menggiurkan mampu menaikkan nafsu orang yang memandangnya.

Tetapi itu yang sebaliknya berlaku kepada tukang masak keluarga Malaysia. Masakannya semakin tidak sedap dan sihat. Persembahannya menjadi jelik sehingga anjing kelaparan pun ragu untuk menjamahnya. Perencah perkauman yang sepatutnya tidak digunakan telah dimasukkan dalam kuantiti yang melampau. Akhirnya menjadikan masakan itu tidak menggambarkan kehebatan tukang masak yang kononnya berpengalaman.

Adakah kerana tukang masak itu sudah lupa bahawa keluarga besar Malaysia ini tidak suka perencah perkauman. Sama seperti orang yang cakna tentang kesihatan akan menjauhkan makanannya dari disentuh MSG seperti ajinomoto. Penyakit yang diakibatkan rencah perkauman ini sama bahayanya dengan ajinomoto. Makan dalam dan kesannya sangat bahaya dalam jangka masa yang panjang.

Tetapi keluarga besar Malaysia ini mempunyai ahli keluarga yang tidak berapa cerdik iaitu ahli keluarga yang gemar berbaju merah. Ahli keluarga yang ini dilayan seperti anak manja. Makanannya sentiasa berbeza dengan ahli keluarga yang lain. Mulutnya ternganga minta disuap. Kerana terlalu manja, mereka kehilangan daya berfikir. Perutnya yang lapar ini disuap dengan makan yang penuh rencah perkauman, kadangkala sengaja diletakkan berlebihan oleh tukang masak yang nyanyuk ini.

Disuap setiap hari dengan makanan yang tidak berkhasiat menyebabkan ahli keluarga berbaju merah ini dihinggapi penyakit. Penyakit yang disebabkan rencah perkauman ini sangat susah diubati. Seperti barah yang berakar di dalam tubuh penyakit ini telah membuatkan mereka sakit tenat. Tidak hanya menjejaskan fizikal malah ia telah menjejaskan psikologi.

Mereka memarahi ahli keluarga Malaysia yang lain kerana disebabkan mereka makan makanan yang lain. Jelas perencah perkauman tidak hanya menjadikan mereka sakit tetapi telah menjadikan mereka bodoh sehingga tidak mampu berfikir secara waras. Sedangkan ini angkara tukang masak yang pilih kasih dan menyuap mereka hari hari dengan perencah perkauman.

Mujurlah ahli keluarga yang lain ini berjiwa besar dan sedar bahawa ahli keluarga mereka yang berbaju merah ini sedang sakit. Mereka memerlukan sokongan dan perhatian dari ahli keluarga yang lain. Bertolak ansur dan bertoleransi adalah perkara yang terbaik yang boleh dilakukan untuk membantu ahli keluarga baju merah yang sakit ini.

Doktor-doktor yang berpengetahuan luas perlu memainkan peranan penting bagi mengubati penyakit ini. Tidak cukup dengan mengubati, doktor juga perlu mengeluarkan langkah langkah pencegahan dan menyuntik imunisasi bagi menghalang penyakit perkauman ini menjangkiti ahli keluarga Malaysia. Mencegah itu lebih baik dari mengubati.

Tidak dapat tidak, perkara yang perlu dilakukan ialah menukar tukang masak yang nyanyuk ini. digantikan dengan tukang masak yang baru. Pengalaman sahaja tidak mencukupi jika tiada etika dalam memasak dan pengetahuan yang luas tentang makanan yang berkhasiat. Tidak pilih kasih dan mengisi perut ahli keluarga besar Malaysia dengan makanan yang sama, yakni makanan yang sihat dan berkhasiat agar ahli keluarga Malaysia membesar dan hidup dengan sihat dan kuat.

Sunday 19 July 2015

Raya, Rasuah dan Rasisma : Melayu, Cina dan Anjing

Hari raya ini merupakan hari raya pertama rakyat Malaysia dengan GST. Adakah membebankan atau tidak, kita mampu menjawabnya kerana kita semua adalah pembayar GST.

Masalah hari raya ini ialah kita terpaksa bertolak ansur dengan saudara mara yang mempunyai pelbagai ideologi. Bertukar cerita dan pendapat sehingga ke tahap berdebat jika isu yang dibincangkan itu kritikal.

Isu low yat telah menjadi buah mulut di hari raya ini. Ada yang menyalahkan cina yang selalu menipu dalam berniaga sebagai punca kepada pergaduhan itu. Ada juga yang mengaitkan ini adalah isu perkauman, di mana cina mahu berkuasa dan menjadikan melayu sebagai hamba.

Pemikiran yang terkebelakang ini perlu dijentik, disepak dan dibunuh. Isu sebenar adalah rasuah. Cina sudah lama menjadi tuan di negara ini kerana rasuah. Lihatlah di Cameron Highlands berapa banyak kebun cina yang dibina secara haram. Cina menjadi tuan di Cameron Highlands.

Siapakah yang menerima rasuah itu? Pegawai daerah Cameron Highlands semuanya Melayu. Kalau Melayu memusuhi Cina, bagaimana cina boleh buka kebun haram di Cameron Highlands? Siapakah Melayu yang beri kebenaran kepada cina untuk membuka kebun haram? Bukan jarang kita mendengar pegawai melayu kita dipanggil anjing oleh orang cina. Adakah kerana pegawai kita seorang melayu? Jawapannya BUKAN/TIDAK .

Pegawai Melayu dipanggil anjing kerana harga diri mereka murah. Mampu dibeli oleh duit. Suka makan rasuah. Oleh sebab itu Melayu dipandang hina di tanah sendirri.

Cina bagi rasuah pada Pegawai Melayu, orang melayu yang pergi gaduh dengan orang cina sebab mereka tak tahu yang jual negara ini sebenarnya adalah Pegawai Melayu sendiri.

Pilih Kasih

Rasuah telah menjadikan negara ini rosak. Uptown Shah Alam diserbu dan disita, peniaga Melayu yang berniaga di situ berputih mata. Pegawai Melayu kita sendiri yang menyita.

Berbeza dengan yang berlaku di petaling street dan low yat. Tidak banyak barang yang disita. Di petaling street Pegawai Melayu hanya jumpa dua buah kedai yang menjual barang tiruan.

Kepala hotak dia lah, satu malaysia dan hampir satu dunia tahu Petaling Street menjual barangan tiruan, Adakah ini disebabkan Melayu memusuhi Cina dan Cina memusuhi Melayu? Adakah cina tidak tahu tentang di petaling street itu menjual barangan tiruan?

Sehingga ada yang gembira apabila kerajaan mula telus dengan menyerbu uptown. Tetapi semua membisu apabila hanya dua kedai yang disita di petaling street.

Rasuah dan salahguna kuasa sangat jelas. Dua benda ini tidak mengenal kaum atau warna kulit. Duit adalah tuhan mereka. Rasuah dan Perasuah merupakan jenayah dan mereka tidak kisah jika berlaku rusuhan kaum, ASALKAN GOLONGAN PENINDAS INI BOLEH MEMBERI DAN MAKAN RASUAH MEREKA TIDAK KISAH JIKA ANAK BANGSA MEREKA BERBUNUHAN.

Ini semua kerana rasuah, cina beri rasuah pada melayu. Cina cina dan Melayu ini hidup mewah, sedang kita bertelagah kerana perkauman. Yang kenyang terus kenyang, yang lapar akan menyalahkan satu sama lain kerana bagi mereka perbezaan kaum yang menyebabkan mereka lapar.

Sedangkan yang menyebabkan rakyat bawahan kelaparan adalah kerana rasuah dan salah guna kuasa.

Cina Jho Low dan Najib Razak adalah bukti, di mana cina dan melayu mampu berkerjasama atas nama RASUAH dan SALAH GUNA KUASA.


Anjing

Di dalam dunia ini cuma ada dua, kaum penindas dan kaum yang tertindas. Sama ada kau mahu menjadi kucing yang melawan atau menjadi anjing yang diikat lehernya. Fikirannya dipaksa, hidupnya seperti di dalam penjara.

Anjing anjing liberal contohnya melaungkan demokrasi tetapi dalam masa yang sama menghalang untuk Orang Islam melaksanakan hudud dan sama Seperti Lembu agamawan yang suka merekrut tuhan dan menjual agama untuk berkuasa.

Akhirnya isu rasuah dan salahguna kuasa tidak menjadi perhatian. Isu gaduh kaum dan gaduh agama lebih mengghairahkan. Celaka betul lah.

FUCK OFF

Wednesday 8 July 2015

TUGAS ANAK MUDA

Tidak perlu lagi keperluan untuk menceritakan tentang rasuah dan salah guna kuasa di negara ini. Apa yang perlu dibincangkan ialah apa yang perlu dilakukan? Apa yang perlu dilakukan oleh rakyat apabila penguasa menipu dan mengambil hak rakyat.

Adakah rakyat hanya berdiam diri atau menyusun gerakan? Adakah ini masanya anak muda menunjukkan belangnya dengan bertelagah antara satu sama lain? Apakah yang perlu dilakukan oleh anak muda dan rakyat Malaysia?

Apa yang dilakukan ialah menyusun tenaga rakyat dan mendesak koruptor ini ditangkap. Apa yang perlu dilakukan ialah menurunkan UMNO dan Barisan Nasional dari tampuk kekuasaan, Apa yang perlu dilakukan ialah mengambil kembali Malaysia dari tangan-tangan koruptor.

Apa yang perlu dilakukan dan mesti dilakukan sangat jelas. Anak muda dan masyarakat harus mengambil tempat dan peranan. Penulis mesti mengambil sikap dan media harus telus dan adil. Kerja menjatuhkan koruptor ini adalah tugas semua anak muda yang cintakan Malaysia.

Lebih 50 tahun kita ditipu dan dirompak. Sudah tiba masanya kita melakukan sesuatu yang bermanfaat kepada negara ini dengan cara radikal dan kritikal. Bersetiakawan dengan semua, bersolidariti dengan semua. Ini adalah asas kita, asas pembentukan Negara ini.

Setiakawan orang Melayu dengan orang Cina, setiakawan antara Melayu dan India akan melahirkan sebuah bangsa Malaysia tanpa prejudis. Anak muda hanya punya dua pilhan hari ini, DIAM atau LAWAN.



SOLIDARITI DAN SETIAKAWAN








Monday 6 July 2015

SOLIDARITI DAN SETIAKAWAN


SOLIDARITI DAN SETIAKAWAN

Solidariti bukanlah bererti melawat orang di lokap-lokap, SOLIDARITI ialah bekerja bersama-sama dalam menjayakan sesuatu tujuan (perjuangan).Ini adalah JALAN KELUAR kepada semua masyarakat Malaysia.

Menumbangkan kerajaan yang korup dan menghapuskan penindasan dan diskriminasi merupakan cita-cita mulia. Ambisi mulia ini tidak akan tercapai jika kita bercakaran. Hulurkan tangan, jalinkan kasih dan saling bertolak ansur serta hormat menghormati. BERSATULAH dan MELAWAN dalam satu ketumbukan.

Ketepikan dahulu agenda peribadi, ketepikan dahulu segala sakit di hati. Ayuh kita mengambil sikap untuk peduli kepada negara ini. Pembebasan negara ini adalah pembebasan diri. Pembebasan ini akan menjadi contoh kepada generasi akan datang. Sudah pasti kita tidak mahu perjuangan ini menjadi bahan ketawa anak cucu kita pada masa akan datang.

BERSOLIDARITILAH wahai semua anak muda sekalian bangsa. Kita tidak mampu mengubah negara ini bersendirian melainkan kita bersatu untuk menjadikan Malaysia lebih baik, ayuh BERSATU dan MELAWAN!!!!

JALAN KELUAR KITA IALAH MENGHUMBAN SEMUA KORUPTOR KE DALAM PENJARA!!!


SOLIDARITI DAN SETIAKAWAN





Sunday 5 July 2015

DAP dan ejakulasi pra- matang.

apakah benar DAP kini telah menjadi pilihan anak muda? Adakah DAP dilihat sebagai sebuah parti yang mampu memuaskan hati semua pihak? Adakah DAP adalah parti yang dilihat sama kuat dengan UMNO?

Saya memuji taktikal politik DAP yang begitu mesra dengan rakyat. Bagaimana DAP berjaya menarik sokongan orang Melayu. Pencapaian DAP yang terhebat bagi menarik sokongan orang Melayu ialah berjaya menempa Pak Samad sebagai token untuk menarik sokongan orang Melayu.

Orang Melayu tidak suka melihat pemimpinnya hanya menjadi token. Ini realiti yang perlu DAP telan. DAP tidak perlu bersetubuh dengan bantal hanya kerana "Melayu Internet" seolah-olah memberi sokongan kepada DAP.

Gabungan Anak Muda yang mendesak supaya parti pembangkang di Malaysia bersatu. Desakan ini adalah untuk menjatuhkan UMNO dan Barisan Nasional. Gabungan Anak Muda tidak berminat untuk menyertai DAP kerana minat kami yang sebenarnya ialah menjatuhkan kerajaan yang korup.

Ketika DAP Sabah dan Sarawak memutuskan hubungan dengan PAS pada mac lalu. Anak muda melihat PAS sebagai sebuah parti yang bermasalah. PAS dilihat sebagai perosak Pakatan Rakyat. Sehinggalah muktamar Jun lalu yang menjadi kemuncak perpecahan Pakatan Rakyat.

Saya tidak mendaftar mengundi dan tidak akan mengundi pilihanraya di Malaysia. Saya tidak akan mengundi DAP dan saya juga tidak akan mengundi UMNO. Apa yang saya mahu ialah kerajaan UMNO ini dijatuhkan dan seterusnya membuka sepenuhnya ruang demokrasi.

Saya melihat isu perpecahan ini sebagai satu bala kepada harapan rakyat untuk melihat UMNO jatuh. Selain itu, saya juga tidak nampak sokongan orang Melayu kepada DAP bertambah selepas perpecahan ini. Adapun orang PAS yang keluar menyertai DAP bukanlah bermakna MELAYU telah menyokong DAP.

Selain itu, ini adalah mesej jelas dinosaur politik, Lim Kit Siang bahawasanya DAP adalah sebuah parti Cina yang berkerjasama dengan Melayu dan India atas dasar demokrasi. Jika Lim Kit Siang menafikan hak orang Islam untuk melaksanakan hudud, Orang Islam juga berhak untuk menentang dasar demokrasi dan liberalisma.

Ada baiknya Lim Kit Siang dan kawan-kawannya menutup mulut dari terus melukai hati orang Islam yang kelihatan bersabar. Bersabar untuk apa? untuk menjatuhkan UMNO dan Barisan Nasional.Dinosaur politik seperti Lim Kit Siang, Hadi Abdul Awang ini perlu anak muda tolak.

Idea mereka ketinggalan zaman, ketika mereka menyuarakan demokrasi, mereka mengamalkan kukubesi. Lebih kasihan sosok ini yakin yang mereka mendapat sokongan orang Melayu. Ejakulasi pra matang kononnya melayu sudah menyokong DAP. kah kah kah

Oleh sebab itu, anak muda harus bersatu. Anak muda semua bangsa harus bersatu. Sampai bila orang-orang tua  ini yang akan membuat keputusan untuk negara ini. Adakah anak muda hanya macai? Adakah anak muda hanya layak bekerja menjayakan cita-cita orang-orang tua ini? Anak muda harus berani menegakkan kemahuan dan idea masing-masing.



SOLIDARITI DAN SETIAKAWAN

ANAK MUDA SEMUA BANGSA BERSATULAH!


Saturday 4 July 2015

Sebuah Jalan Keluar

Anak muda Malaysia sedang melalui fasa pencerahan. Fasa ini adalah fasa yang rumit dan kompleks. Kehidupan masyrakat hari ini menjadi begitu kompleks. Keupayaan untuk melihat, menilai seterusnya menyelesaikan masalah semakin berkurangan.

Anak muda Malaysia meneroka ideologi dan berkerja membawa pencerahan ketika masyarakat hidup dalam keadaan yang kompleks. Tugas membawa pencerahan (idea-idea pembaharuan) ini bukanlah mudah kerana masyarakat mempunyai permintaan (demand) yang tinggi.

Kebebasan beragama, LGBT,  kebebasan bersuara, dan segala jenis permintaan masyarakat ini terlalu kompleks dan bermacam-macam. Di malaysia, ada yang mahu masuk syurga, tidak percaya kepada syurga dan tidak peduli dengan syurga. Ianya begitu sukar untuk memenuhi selera masyarakat Malaysia.

Bagi memenuhi permintaan ini, idea-idea pembaharuan telah dilontarkan oleh ramai individu atau organisasi pencerahan di Malaysia. Sudah pasti di dalam mengolah persetujuan manusia memerlukan kompromi dan diplomasi yang tinggi. Idea yang dibawa juga perlu bersesuaian dengan asas pembentukan masyarakat Malaysia.

Bagi segelintir ahli masyarakat Malaysia, idea-idea pembaharuan ini adalah jalan keluar. Jalan keluar dari dunia konservatif dan kejumudan masyarakat. Sebuah alternatif kepada doktrin perkauman yang memecah belahkan masyarakat. Idea yang radikal lagi kritikal merupakan jalan keluar kepada masyarakat Malaysia.

Kehendak masyarakat hari ini juga telah berubah. Kerajaan yang selama ini mendewakan pembangunan bangunan tidak lagi mampu memuaskan hati masyarakat. Akhirnya sebuah kerajaan yang memanjakan rakyatnya dengan kemudahan akan berhadapan dengan pelbagai tuntutan yang tidak mudah (kehidupan masyarakat yang kompleks menjadikan kehendak masyarakat itu turut menjadi rumit dan kompleks).

Pelbagai cukai terpaksa diadakan bagi menampung kehidupan masyarakat yang kompleks dan manja. Perkara ini berpunca dari kehendak masyarakat yang kompleks yang akhirnya menjadikan keupayaan masyarakat untuk menyelesaikan masalah turut menjadi rumit. Masyarakat menunding jari kepada kerajaan seperti anak manja menuding mainan kegemarannya kepada ayahnya.

Akibatnya kerajaan merasakan dirinya begitu berkuasa. Rakyat takut untuk menjatuhkan kerajaan kerana pengharapan kerajaan akan memenuhi semua kehendak mereka. Di Malaysia, keadaan ini lebih teruk.Dikuasai oleh sebuah parti berasaskan kaum dan kehendak parti mereka kononnya adalah kehendak rakyat dan kehendak mereka kononnya adalah kehendak Sultan dan Raja Melayu.

UMNO yang membawa suara majoriti Melayu melakukan apa sahaja yang dimahukan kerana kehendak mereka konnya adalah kehendak majoriti. Ini adalah doktrin yang dibawa oleh sebuah kerajaan UMNO. Idea- idea pembaharuan dalam masyarakat Malaysia menentang doktrin jahat ini. Malaysia adalah sebuah negara demokrasi yang memntingkan nilai kesaksamaan dan ksesetaraan.

Pertembungan idea-idea pembaharuan di kalangan "penentang kerajaan" telah memisahkan entiti-entiti kecil di malaysia. Jalan keluar kepada doktrin jahat kerajaan telah terbuka luas. Ia datang dalam bentuk idea-idea pembaharuan yang akan membawa pembaharuan kepada sebuah negara dunia ketiga, Malaysia.

Proses ini telah mengubah kedai kopi menjadi medan perbincangan idea baru. Kumpulan kecil bergerak mengadakan forum pecerahan, menulis makalah pencerahan dan revolusi kehidupan bermula secara perlahan di kalangan rakyat Malaysia.

Proses ialah mengubah sesuatu kepada sesuatu yang lain. Jika proses membuat kereta itu bermula dari melombong besi kemudian dihantar ke kilang sebelum besi itu dibentuk dan ditambah nilai fungsi menjadi sebuah kereta.Begitu juga dengan kilang kereta, setiap kilang menghasilkan kereta yang berlainan. BMW akan mengeluarkan kereta yang menonjolkan kriteria BMW, kilang PROTON akan menghasilkan PROTON, ia tidak menghasilkan BMW.

Banyak idea dari ideologi yang berbeza-beza. Idea ini adalah jalan keluar. Malangnya jalan keluar ini telah membawa masyarakat kepada  perdebatan dan pergaduhan yang tidak membawa penyelesaian. Sekaligus memberi talian hayat kepada kerajaan UMNO yang pincang. Sekali lagi dingatkan ini adalah PROSES DEMOKRASI.

Bagaimana jalan keluar ini mampu memberikan jalan keluar yang sebenarnya kepada masyarakat Malaysia? Jalan keluar dari pergelutan ini adalah "SOLIDARITI". SOLIDARITI ialah melakukan sesuatu tugas(pekerjaan) bersama-sama. Melalui SOLIDARITI kita akan lebih memahami antara satu sama lain.

SOLIDARITI DAN SETIAKAWAN

Solidariti bukanlah bererti melawat orang di lokap-lokap, SOLIDARITI ialah bekerja bersama-sama dalam menjayakan sesuatu tujuan (perjuangan).Ini adalah JALAN KELUAR kepada semua masyarakat Malaysia.

Menumbangkan kerajaan yang korup dan menghapuskan penindasan dan diskriminasi merupakan cita-cita mulia. Ambisi mulia ini tidak akan tercapai jika kita bercakaran. Hulurkan tangan, jalinkan kasih dan saling bertolak ansur serta hormat menghormati. BERSATULAH dan MELAWAN dalam satu ketumbukan.

Ketepikan dahulu agenda peribadi, ketepikan dahulu segala sakit di hati. Ayuh kita mengambil sikap untuk peduli kepada negara ini. Pembebasan negara ini adalah pembebasan diri. Pembebasan ini akan menjadi contoh kepada generasi akan datang. Sudah pasti kita tidak mahu perjuangan ini menjadi bahan ketawa anak cucu kita pada masa akan datang.

BERSOLIDARITILAH wahai semua anak muda sekalian bangsa. Kita tidak mampu mengubah negara ini bersendirian melainkan kita bersatu untuk menjadikan Malaysia lebih baik, ayuh BERSATU dan MELAWAN!!!!

JALAN KELUAR KITA IALAH MENGHUMBAN SEMUA KORUPTOR KE DALAM PENJARA!!!


SOLIDARITI DAN SETIAKAWAN




Friday 3 July 2015

Nilai-nilai yang telah hilang.

"Salmah, kau dah bagitau pada Mak Jah yang esok kita nak pinjam pinggan mangkuk dia untuk kenduri arwah ayah kau esok? Dah 3 tahun ayah kau tinggalkan kita, mujur masih ada jiran-jiran dan saudara mara membantu kita. Tidaklah terasa terkilan dan kempunan.

Kau jangan lupa kelas mengaji Al Quran dengan tok Imam, mak dah bagitahu kat dia yg kau dh cukup umur kena wajib belajar mengaji. Tok Imam tak minta duit, cuma dia minta kau dtg bawa Quran sendiri.

Tak lama lagi dah nak raya, biasanya tok amil datang dah nak kutip zakat, mungkin tak sihat agaknya. Eloklah kalau kita sendiri yg ke rumah tok amil untuk bayar zakat."


Ini bebelan yang mungkin dibebelkan seorang janda kepada anak daranya. cerita ini semakin asing di telinga, lantaran kemajuan teknologi dan globalisasi yg sedikit sebanyak mengubah cara berfikir dan budaya kita sendiri.

Masyarakat kampung hidup kesatuan yang padu. Membina sebuah kampung seperti membina sebuah keluarga. Memerlukan kerjasama, perpaduan dan sikap tidak mementingkan diri sendiri. Nilai ini semakin hari, semakin hilang kerana "kesusahan" membina sebuah kampung itu sudah lagi tidak dirasakan.

Di kampung apabila adanya kenduri maka berduyun-duyun orang kampung membawa pisau, batu asah dan periuk kawah untuk bergotong royong. Orang kampung miskin, maka berkongsi itu lebih baik. Masa itu, tiada internet, semua berbual dan berinteraksi menggunkan mulut. Orang Kampung mempunyai falsafah hidupnya sendiri. "Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat".

Di awal pembinaan kampung, rumah-rumah didirikan secara gotong royong. Tiada syarikat hartanah dan tiada pemaju perumahan Walaupun biliknya satu, tandasnya di luar , namun di kampung tiada masalah air. Orang kampung mampu hidup sebegitu kerana "kesusahan" yg dialami membuatkan mereka berasa senang di atas semua perkara.

Nilai ini telah hilang ditelan masa. Dahulunya amil pergi rumah ke rumah untuk mengutip zakat, kini amil duduk di dalam bilik berhawa dingin dan kaunter-kaunter. Maka ada jurang yang jauh antara amil dan pembayar zakat. Seolah-olah amil itu pengutip cukai dan pemohon zakat seperti peminta sedekah. Hal ini berlaku kerana nilai kasih sayang itu telah dipadam oleh sistem formaliti yang menjadikan zakat itu hilang rohnya.

Zakat yang merupakan tanda solidariti dan kesanggupan untuk berkongsi sama rata kesenangan yang ada. Namun kini telah menjadi pertandingan mengumpul kutipan zakat paling banyak dan pertandingan siapa paling bayak bayar zakat. Masyarakat kampung dulu hidup dalam kesamarataan kelas dan bahu membahu. Kini masyarakat hidup dalam persaingan dan yang kaya semakin kaya manakala miskin semakin miskin.

Timbang rasa dan bertolak ansur dalam semua perkara. Sesuatu perkara akan dibincangkan dan diputuskan dengan mengambil kira pendapat semua ahli penduduk kampung. Inilah yang dilakukan oleh orang kampung yang kadangnya tidak reti membaca dan mengira! kini, lihatlah pemimpin kita, mempunyai mulut tetapi tiada telinga! Lihatlah melayu berebut tapak bazar, seperti kera berebut pisang sebiji.

"Kesusahanan" itu tidak dikongsi oleh semua orang seperti masyarakat di kampung. Kini kesusahan itu adalah milik privasi dan masyarakat mudah lupa. Masyarakat melayu dulu tinggal di setinggan sehinggalah kerajaan merobohkan setinggan dan membina perumahan rakyat seperti Flat. Kesusahan yang lama dilupakan setelah mendapat kesenangan.

Akhirnya kini masyarakat yang sudah melupakan kesusahan mereka di atas kesenangan telah ditindas dan di bodoh- bodohkan oleh pemimpin mereka. kasihan!

Pendidikan yang berkualiti itu bukanlah bermakna semua orang berjaya di dalam perperiksaan. Pendidikan yang berkualiti itu apabila kita mampu memahamkan manusia lain bahawa hidup ini banyak perkara yang tidak boleh dilakukan sendirian. Manusia memerlukan kerjasama dan bantuan orang lain. Jika pendidikan kita hanya melahirkan individu yang mementingkan diri sendiri, maka ketahuilah kita telah gagal.

Jujur dan peka dengan apa yang berlaku. Orang kampung yang miskin dan hina itu sentiasa peka. Jika ada jiran yang sakit maka tidak putus-putus lawatan dari jiran sekampung. Jika ada yang mengalami masalah maka berduyunlah yg datang membantu sekadar kemampuan.

Kejujuran orang kampung dalam berniaga adalah sesuatu yang harus dicontohi. Nilai dan budaya masyarakat sendiri kita tidak mahu ikut dan kita memilih untuk melakukan sebaliknya. Tidak hairanlah ramai anak Malaysia yang terpengaruh dengan MLM yang nyata merugikan dan membodohkan.

Nilai-nilai yang hilang ini tidak mampu di cari walaupun anda telah membaca buku "Permata Yang Hilang" berulang kali.