Wednesday, 8 July 2015

TUGAS ANAK MUDA

Tidak perlu lagi keperluan untuk menceritakan tentang rasuah dan salah guna kuasa di negara ini. Apa yang perlu dibincangkan ialah apa yang perlu dilakukan? Apa yang perlu dilakukan oleh rakyat apabila penguasa menipu dan mengambil hak rakyat.

Adakah rakyat hanya berdiam diri atau menyusun gerakan? Adakah ini masanya anak muda menunjukkan belangnya dengan bertelagah antara satu sama lain? Apakah yang perlu dilakukan oleh anak muda dan rakyat Malaysia?

Apa yang dilakukan ialah menyusun tenaga rakyat dan mendesak koruptor ini ditangkap. Apa yang perlu dilakukan ialah menurunkan UMNO dan Barisan Nasional dari tampuk kekuasaan, Apa yang perlu dilakukan ialah mengambil kembali Malaysia dari tangan-tangan koruptor.

Apa yang perlu dilakukan dan mesti dilakukan sangat jelas. Anak muda dan masyarakat harus mengambil tempat dan peranan. Penulis mesti mengambil sikap dan media harus telus dan adil. Kerja menjatuhkan koruptor ini adalah tugas semua anak muda yang cintakan Malaysia.

Lebih 50 tahun kita ditipu dan dirompak. Sudah tiba masanya kita melakukan sesuatu yang bermanfaat kepada negara ini dengan cara radikal dan kritikal. Bersetiakawan dengan semua, bersolidariti dengan semua. Ini adalah asas kita, asas pembentukan Negara ini.

Setiakawan orang Melayu dengan orang Cina, setiakawan antara Melayu dan India akan melahirkan sebuah bangsa Malaysia tanpa prejudis. Anak muda hanya punya dua pilhan hari ini, DIAM atau LAWAN.



SOLIDARITI DAN SETIAKAWAN