Monday 14 May 2012

BN salah 100% atau PR betul 100%?atau sebaliknya?(aku rakyat bebas)

ketaksuban,gila kepada kuasa dan keghairahan untuk berkuasa merupakan salah satu faktor yang membawa kehancuran kepada sesebuah negara.semakin bertambah usia bumi,semakin melangkah jauh di zaman fitnah semakin banyak kerajaan kukubesi tumbang di tangan rakyat.rejim mubarak tumbang di medan tahrir.rejim ghadaffi dihambat hingga ke pembentung.revolusi menjadi budaya sejak kebelakangan ini.

sebagai rakyat yang cintakan tanah air,jauh sekali aku ingin melihat Malaysia tercinta ini berevolusi mengikut budaya dunia.biarlah ia berevolusi mengikut sistem yang aman,iaitu melalui pilihan raya.jika pilihan raya tidak adil dan bersih bagaimana lagi Malaysia hendak berevolusi dengan aman?

bagaimana hendak menuju ke arah malaysia yang lebih baik?penyokong PR menuduh BN itu penipu.penyokong BN menuduh PR itu pemfitnah.ada kalanya BN fitnah PR dan PR tuduh BN.adakah PR 100% benar dan BN 100% salah atau sebaliknya.

budaya ini jika diteruskan merugikan Malaysia.orang BN taksub dgn parti mereka.orang PR taksub dgn parti mereka.hingga sampai ke tahap tidak mahu berimamkan imam yang berbeza parti.jenis pemikiran inilah yang harus dikikis.BN tidak semuanya jahat dan PR tidak semuanya baik.

jika benar pilihan raya kotor bersihkanlah agar ia adil dan telus.jika pilihan raya bersih dan adil sebelum ini seperti yang dipertahankan kerajaan dan SPR maka berbanggalah dengan kebenaran itu.perbuatan menipu dan khianat sama sekali melanggar norma dan fitrah kemanusiaan.jika itu yang dijadikan kiblat maka samalah seperti binatang yang tidak berakal malahan lebih teruk.

begitu juga jika kamu kerajaan kamu membawa sesuatu yang benar berbanggalah,jika kamu pembangkang kamu membawa sesuatu yang benar berbanggalah dan berasa malulah jika kamu salah.

bagaimana jika kita mahu parti kita menang dan mengharap orang mengundi parti kita jika masing masing keras kepala dan saling berdiskriminasi??bersederhanalah itulah jawapannya.turut kepada kebaikan dan kutuklah kebatilan.

jika kamu imam
jika kamu peguam
jika kamu sunni
jika kamu syiah
jika kamu hindu
jika kamu buddha
jika kamu kristian
jika kamu anarkis
jika kamu sultan atau raja

sanggupkah kamu melihat penipuan dan kezaliman?
walaupun mungkin mereka itu berbeza aliran politik atau ideologi?

jika sanggup samalah kamu seperti unggas dan mawas di belantara hidup lara tanpa akal persisnya.


walau apa pun,aku tetap dengan kempen:

DEMONSTRASI BUDAYA KITA




JANGAN JOIN MAT RACIST



SYRIA DAN PALESTIN TETAP DI HATI








2 comments: