Saturday, 15 November 2014

AUKU 1971 adalah CANDU

Mahasiswa merupakan satu entiti dalam sebuah masyarakat sivil. Mahasiswa merupakan satu golongan berpendidikan yang tidak sepatutnya dikekang suaranya, dirantai pemikirannya dan dilumpuhkan aksinya.

Sebaliknya mahasiswa harus dibiarkan bebas beridea, mengkritik malah menyuarakan pendapat mereka secara bebas.
Hal ini tidak dapat disangkal di mana mahasiswa yang kritikal dan kritis di universiti merupakan golongan yang sentiasa cakna mengenai permasalahan masyarakat serta berpartisipasi dalam membela nasib masyarakat yang kurang bernasib baik.

Hari ini kita dapat menyaksikan bahawa Auku 1974 atau nama penuhnya Akta Universiti Kolej Universiti merupakan satu akta yang sekian lamanya membelenggu mahasiswa dari menjadi seorang yang kritis dan kritikal.

Kewujudan HEP yang lahir sejak akta ini diluluskan sedikit sebanyak menghalang aktivsma mahasiswa yang kritis dan kritikal. HEP atau nama penuhnya Hal Ehwal Pelajar merupakan satu badan yang menguruskan hal ehwal pelajar di universiti menggantikan “student union”.

Dahulu sebelum tahun 1974 mahasiswa sering berada di jalanan. Mereka bersuara demi kebajikan masyarakat.
Sejarah membuktikan bagaimana Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) memperjuangkan nasib penduduk Baling yang dihimpit kemiskinan, mahasiswa memperjuangkan nasib penduduk Teluk Gong yang dirampas tanah mereka oleh pihak yang tidak berhati perut.

Mahasiswa turun ke jalan raya, berdemonstrasi menuntut kerajaan supaya berfikir dengan waras dan berhati perut.
Rentetan dari peristiwa demonstrasi mahasiswa ini, kerajaan telah menubuhkan satu akta yang menyekat aksi dan idea mahasiswa dan akta itu ialah Auku 1974.

Penubuhan akta ini mengakibatkan perubahan struktur pentadbiran universiti. Dahulunya kebajikan hal ehwal pelajar diuruskan oleh persatuan mahasiswa yang dipilih oleh mahasiswa digantikan oleh HEP.
HEP inilah yang menjadi pendokong kepada Auku yang menyekat idea serta aksi mahasiswa yang sebelum ini bergelut dengan masalah masyarakat dan rencam permasalahan sosial negara ini.

Sesiapa bersuara akan diancam, siapa yang beridea lain dari acuan kerajaan dianggap ancaman, siapa yang kritis dan kritikal dianggap subversif dan mengancam keamanan.
Mahasiswa tidak lagi dihormati, mahasiswa diperlekeh dan lebih teruk mahasiswa yang merupakan pelapis kepada kepimpinan negara dianggap sebagai musuh dan memalukan universiti.

Akta ini seringkali dikaitkan sebagai satu usaha murni kerajaan untuk memudahkan mahasiswa. Semenjak kewujudan badan HEP mahasiswa tidak lagi perlu risau akan kebajikan mereka.
Jika dahulunya kebajikan mahasiswa diuruskan oleh mahasiswa, kini badan HEP yang menguruskannya.

Apabila mahasiswa kritis dan kritikal menyuarakan permasalahan masyarakat akan dituduh sebagai pembangkang yang subversif dan mengancam keamanan.
HEP mencandukan mahasiswa dengan idea bahawa universiti adalah hanya tempat menuntut ilmu bukanlah tempat untuk berpolitik dan memikirkan masalah masyarakat.

Ini amat bertentangan dengan konsep universiti sebagai gedung ilmu. Apakah ertinya jika ilmu yang diterima di universiti tidak dapat diaplikasikan? Bukan sahaja mahasiswa, malah pensyarah turut dikunci mulutnya dan dirantai idea-idea mereka.

Kesimpulannya, kewujudan Auku 1974 dan badan HEP adalah projek pembodohan tirani yang menyekat idea serta suara mahasiswa.
Bukanlah akta ini mahu memudahkan mahasiswa serta mengekang mahasiswa menyertai pembangkang dengan alasan mahasiswa tugasnya hanya belajar bukan berpolitik.

Ini adalah candu yang diberikan kepada mahasiswa agar khayal di dalam dunia ekslusif mereka, belajar di dalam dewan berhawa dingin serta biasiswa yang lumayan tanpa memikirkan masalah masyarakat.
Sebenarnya Auku dan HEP adalah projek pembodohan yang menghalang mahasiswa daripada kritis dan kritikal membahaskan polisi kerajaan dan turun menentang penindasan.

Sebenarnya mereka bukan takut mahasiswa menyertai parti pembangkang tetapi mereka mahu membunuh sikap kritis dan kritikal mahasiswa yang seringkali berlainan pendapat. Ini semua adalah demi survival politik pihak yang berkepentingan.

Hasilnya mahasiswa menjadi “pak angguk” yang takut bersuara secara kritis dan kritikal, mahasiswa menjadi mandom (baca lesu), tidak progressif malah takut untuk berfikir melampaui kotak serta menelan segala apa yg dimuntahkan oleh pensyarah di universiti tanpa usul periksa dan ragu ragu.

Hari ini masih ada mahasiswa yang lantang bersuara dan lantang menyuarakan keperitan masyarakat, tetapi sekali lagi Auku dan HEP mahu mencantas mereka ini. Jumaat ini lapan orang mahasiswa dari Universiti Malaya iaitu Fahmi Zainol yang merupakan presiden PMUM, Khairol Najib Hashim presiden PMIUM (Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya), Safwan Shamsuddin pengerusi Pro Mahasiswa Universiti Malaya, ahli PMUM – Yu Sheng Long, Adam Fistival Wifrid, Abraham, Syamimi Munira Mohamed dan Khairul Anwar – akan dikenakan tindakan tatatertib dan dihadapkan ke mahkamah universiti kerana membawa masuk Anwar Ibrahim untuk berucap di Universiti Malaya baru-baru ini.

Mereka juga berjuang mempertahankan Kampung Chubadak Tambahan yang dirampas tanah mereka baru-baru ini.

Akhir sekali, saya mahu melontarkan soalan yang perlu kalian jawab dengan ikhlas. Adakah ini tidak membunuh generasi yang kritkal dan kritis? Adakah ini tidak membunuh pelapis kepimpinan Negara?

Mereka ini adalah mahasiswa yang lantang ke depan mendepani isu rakyat tanpa mengira kaum dan agama.

Adakah kita rela universiti terus dikongkong Auku dan HEP dengan usahanya yang mengekang idea dan suara mahasiswa? Mahasiswa adalah tulang belakang dan pelapis kepada kepimpinan negara.

Pemimpin datang dan pergi. Apakah kita mahu dipimpin oleh mereka yang penakut serta tidak kritis dan kritikal ideanya? Di manakah hala tuju pendidikan Negara? Suarakan pendapat kalian dan sokonglah perjuangan mahasiswa bagi membentuk sebuah masyarakat sivil. – 5 November 2014



Wednesday, 29 January 2014

Jangan Bunuh Bahasa Ibunda

Aku tertarik dengan tatu milik seorang aktivis ketika keluar bersosial yang berbunyi "jangan bunuh bahasa ibunda" yang ditulis dalam tulisan jawi.Sambil minum, aku berfikir apa ada dengan bahasa ibunda.Adakah bahasa ibunda masih hidup?Apakah bahasa ibunda masih lagi relevan?Apakah anak muda seperti aku masih lagi memandang tinggi dan bangga akan bahasa ibunda?

Semua ini berlaku pantas,sepantas rokok dibakar.

Khir Johari telah menukar penggunaan tulisan jawi kepada rumi pada tahun 1966 ketika beliau memegang jawatan sebagai menteri pelajaran.Tindakan Khir Johari tidaklah dianggap sebagai cerdik, berani atau progressif.Tetap tersemat bagi aku beliau hanyalah sosok yang membunuh warisan tulisan jawi.Sosok ini harus dipertanggungjawabkan atas kejahilan bangsa aku dalam membaca tulisan jawi.

Bukanlah aku ini bersifat perkauman, tetapi hari ini aku melihat anak-anak Melayu seolah-olah sesat dalam perjalanan mencari identiti.Setiap bangsa mempunyai ras,bahasa dan budaya mereka.Tidak ketinggalan Melayu yang asalnya mempunyai identiti sendiri.Ya benar, tulisan jawi itu asimilisasi dari abjad arab dan rumi datang dari abjad inggeris.Ini memang tidak dapat dinafikan kedua-duanya adalah asimilisasi dari identiti bangsa lain, tetapi bagi aku tulisan jawi merupakan lambang persaudaraan antara bangsa melayu dan bangsa arab ketika itu.Tulisan melayu Jawi tidak seharusnya dibunuh kerana ia adalah warisan sejarah identiti bangsa Melayu.

Ini berkait rapat dengan teori kedatangan Islam ke nusantara yang diperkenalkan John Crawford disokong oleh Syed Naquib yang berteori bahawa Islam datang dari tanah arab.Hujahnya jika dilihat tulisan jawi merupakan asimilisasi tulisan arab maka mereka bersetuju Islam itu datang dari tanah arab itu sendiri.Jika kita biasa dengan nama Hamzah Fansuri, Nuruddin al Raniri, dan Abdul Samad al Palembangi, mereka ini adalah ulama nusantara yang menulis kitab mereka di dalam tulisan jawi.

Bahasa Melayu kini 

Akhir ini aku melihat bahawa anak Melayu semakin jauh sesat dalam mencari identiti.Nama diberi pun seolah-olah mengiyakan kondisi sesat dalam mencari identiti, maka lahirlah golongan anak Melayu moden hasil dari tulisan rumi yang dibawa Khir yang menulis Bahasa Melayu seakan tidak pernah diajar tatabahasa di sekolah.Mungkin mereka ini ponteng kelas atau malas belajar.



Melayu yang sesat dalam berbahasa


Bukannya aku menentang tulisan rumi, aku cuma bertanya kita ini bangsa apa dan apa identiti kita. Bukanlah mahu berbangga akan bangsa cuma risau akan identiti bangsa ini.Ketika orang Jepun maju dengan bahasa mereka, ketika India terus mundur dengan bahasa inggerisnya, ketika melayu sesat dalam identitinya.Cuma kadang aku terfikir jika terus menggunakan jawi, bahasa seperti di atas mungkin tidak wujud.Mungkin ini bangsa baru pecahan dari Melayu.Apa pun yang berlaku, penggunaan bahasa inggeris sebagai nama pertubuhan yang memperjuangkan bangsa melayu seperti UMNO (united malays national organisations) merupakan kesilapan yang paling baghal tercatat dalam perjalanan bangsa Melayu mencari identiti.


Tiada guna kalau tiada siapa reti baca.


Friday, 18 January 2013

bawani dan sharifah..saorang mamak dan saorang india.

bawani seorang india
sharifah adalah mamak 1 malaysia.

listen listen listen listen listen

sharifah adalah presiden suara 1 malaysia
dan juga seorang pencinta haiwan
aku hairan
seorang wanita mampu memahami masalah haiwan

kucing   lembu     ikan jaws

dan banyak lagi haiwan ada masalah

bawani seorang india
seorang pelajar jurusan undang undang
aku tdak hairan
seorang wanita sosialis memperjuangkan hak

oleh kerana sharifah hanya tahu tentang masalah haiwan
beliau terlupa masalah manusia

beliau terlupa mahasiswa seperti bawani mempunyai masalah
beliau terlupa berapa ramai homeless di malaysia yang punya masalah yang sama
beliau terlupa berapa ramai manusia yang punya masalah yang sama

masalah yang aku pun tak tahu sampai bila akan selesai

sharifah ada o level
bawani pula seorang pelajar undergraduate

ini menjadi dinding bagi sharifah untuk menerima pandangan bawani

masalah ini bukan sahaja ada pada sharifah,masalah ini ada pada semua orang

listen listen listen listen listen

berapa ramai ketua yang mampu dengar dan terima pandangan orang bawahan
berapa ramai pensyarah yang mampu menerima kritikan dan pendapat
berapa ramai manusia yang mampu terima pandangan orang lain

ketika semua sedap menghentam sharifah
lihatlah jugak pemimpin parti kamu
lihatlah jugak pada pemimpin jemaah kamu

kamu semua didoktrin dengan cara yang sama
tiada siapa yang mahu dengar kata kata kamu

ini kerana

'aku ketua,kau orang bawahan,listen to me and dont speak'

'kalau x suka dengan cara parti ini sila keluar parti'

mungkin ada segelintir dari kita yang tidak bersetuju dengan sharifah,masih lagi anda ingat dengan video ini?? :








berapa ramai "sharifah" yang ada di belakang???

anda nilai, adakah bila pembangkang memerintah akan wujud kebebasan bersuara yang sebnarnya?
atau hanya alasan kuda pembangkang dan mat taksub untuk menjatuhkan UMNO??

kah kah kah

proses pembodohan akan diteruskan kerajaan,walau siapa pun yang memerintah.


Tuesday, 8 January 2013

persepsi sukar diubah tetapi boleh dicabar.

persepsi dan pandangan manusia adalah sesuatu yang terbina secara penilaian mata dan kadangkala jauh dari hati.persepsi inilah yang mengundang kepada kebencian,kedengkian dan cinta serta ketaksuban.

ramai manusia hanya memandang kulit tanpa mengenal isi.jika kulitnya buruk bagi manusia isinya juga buruk.ini tidak dapat dielakkan kerana luaran adalah gambaran dalaman.Tetapi adakah penilaian itu adil??

ramai juga yang mengaku kononnya "dont judge a book by its cover",tetapi masih menggunakan persepsi untuk membuat penilaian.ini adalah satu penipuan terhadap diri sendiri.

tetapi persepsi ini sangat sukar diubah.begitulah perasaannya jika persepsi awal yang diberi itu buruk terhadap kita akan terasa bagai tiada ruang untuk mengubahnya tetapi pesepsi ini boleh dicabar.

kadangkala kita melihat bahawa manusia yang baik tergambar pada pakaian.maka ramai manusia menggunakan pakaian untuk menipu kita.

kadangkala kita melihat bagusnya akhlak melalui perkataan yang baik.maka ramai yang menggunakan kata kata untuk menipu kita.

kadangkala kita melihat alimnya seseorang dengan melihat betapa alim dan abidnya.maka ramai manusia yang menggunakan agama untuk menipu kita.

untunglah orang yang ikhlas.

perkataan
pakaian
amal
akhlak

ini adalah nilai yang membentuk persepsi manusia terhadap kita.
ada kalanya baik tetapi masih ada yang melontar pandangan dan persepsi jelik terhadap kita maka bersabarlah dan bangun mencabar persepsi ini.

bangun dan cabarlah persepsi buruk itu,sehingga manusia jemu untuk membencimu.
ada kalanya lebih bagus menjadi diri sendiri dan mempunyai persepsi buruk daripada menjadi sebaliknya.

persepsi liar ini sebenarnya adalah penyakit hati manusia yang sukar diubah.

bila mengetahui cinta akan ada risiko untuk membenci
bila mengetahui keamanan akan ada risiko untuk berperang
bila mengetahui kegembiraan akan ada risiko untuk untuk bersedih

untunglah yang ikhlas dan rugilah yang munafik















Tuesday, 20 November 2012

kehilangan

dalam kehidupan sentiasa akan ada,berlaku,mengalami kehilangan.ini adalah proses normal dalam kehidupan.kehilangan dan kesepian merupakan satu kesakitan yang pedih dan dahsyat.akan tetapi sinar selepas itu lebih manis dari madu.

semasa engkau sedang mampu menikmati cadboury
nikmatilah dengan penuh kenikmatan

semasa engkau masih mampu berlari 
berlarilah dengan penuh semangat

semasa engkau sedang mempunyai masa dengan yang tersayang
binalah memori yang indah dan manis

agar

di saat kau mengenang memori itu kau mampu tersenyum dan senang dengan memori itu.

hiduplah dengan gembira,banyakkan memori yang suka dan lupakan duka.

orang yang tersayang akan hidup dalam memori selagi kita belum mati.



DALAM KENANGAN

JAILANI BIN ABD GHAFAR

MENINGGALKAN AKU PADA UMUR 82 TAHUN DI TANGGAL 14.11.2011
DIKEBUMIKAN AWAL 1 MUHARRAM.

AL~FATIHAH , SEMOGA ROH MU DITEMPATKAN BERSAMA GOLONGAN YANG BERIMAN
TERIMA KASIH ATAS NASIHAT DAN GALAKAN.

Sunday, 4 November 2012

anak muda dan semangatnya.

anak muda seorang yang gagah bersemangat tapi perlu belajar.anak muda kadang kadang keliru kadang kadang mudah terpengaruh.ada yang kuat jati dirnya ada yang munah hanyut.begitu besar nikmat dinikmati anak muda.

anak muda darahnya merah hangat,ditanya menjawab,dipukul membalas.anak muda bangun menentang.anak muda mengerak revolusi.anak muda sentiasa mencari jalan untuk melawan.dunia ini milik anak muda.yang tua cuma menyusun yang melaksanakan anak muda.

ada yang kata anak muda diperguna...
TIDAK!!!!

ada anak muda yang masih sedar.ada anak muda yang masih belajar.anak muda prinsipnya mudah.yang benar didukung yang salah dilempar.mudah sahaja.

anak muda mendesak di pelbagai sudut.ada yang rebah di jalanan.ada yang rebah di medan kemasyhuran dan ada yang rebah di atas kemewahan.

anak muda yang belajar menjalani proses kematangan.kematangan ini akan menentukan masa hadapan negara.

ada yang berkata,suara anak muda tidak kuat.

jika tidak kuat mengapa ada AUKU??
jika tidak kuat mengapa ada ISA??
jika tidak kuat mengapa perlu diintip SB??

bangkitlah anak muda.
ini masamu.

lebih baik diasingkan dari menyerah kepada kemunafikan.



Friday, 2 November 2012

keamanan dan keadilan,wujudkah??

di dalam dunia yang penuh dengan penindasan dan kezaliman akibat ketamakan dan kerakusan manusia membibitkan watak watak kejam yang tertekan bertindak di luar tabii kerana terpaksa.ada kalanya mereka terpaksa,tidak kurang juga yang suka dan ada juga yang melakukannya kerana jalannya mudah.
jenayah ini berleluasa keran ketidak adilan dan kesempitan ekonomi.

teori ekonomi yang biasa kita dengar

"turun taraf ekonomi meningkat jenayah,dan turun jenayah kerana ekonominya stabil"

aku bukan pakar ekonomi dan bukan juga mahu bercakap tentang ekonomi atau menjadi sang pengadil yang arif dalam menganalisa jenayah.aku cuma seorang manusia yang melihat persekitaran dan mengadilinya dengan keadilan yang aku faham dan aku pegang.kadangkala keadilan itu sukar dijelaskan.ramai yang melaungkan keadilan tetapi sukar untuk menjelaskannya.

ADIL.pengertian mudahnya meletakkan sesuatu di tempatnya.tetapi,sejauh manakah kita menerapkannya di dalam seharian kita aku pun tidak tahu berapa peratus kejayaanyya.ada kalanya mungkin gagal,ada kalanya juga adil bagi orang lain dan zalim pada sebilangan orang yang lain.

jawapannya,aku masih lagi buntu!

aku masih mencari di mana sinar keadilan yang wujud dalam sejarah manusia.sejarah khalifah yang monarki,katanya kahlifah ini adalah pembela umat islam tetapi ketiadaan kebebasan bersuara dan menegur pemerintah juga merupakan kezaliman bagi rakyat.

ada kalanya bila rakyat mendapat kebebasan mereka akan menzalimi yang lain dengan kebebasan bersuara yang sesuka hati memfitnah dan menghina orang lain.jika kebebasan ini dikawal sekalipun aku tidak yakin ia adil.sang penguasa bukan maksum dan mungkin wujud bias atau berat sebelah di dalam diri mereka.

keamanan juga persoalan yang sering bermain.sering dilaungkan tetapi jarang melihatnya.aman apakah jika masih ada yang ditindas.aku masih lagi buntu!

ada yang menyebut keamanan itu dicapai bukan dengan tanpa perperangan tetapi hingga tertegaknya keadilan.sedangkan keadilan pun sering goyah bagaiman hendak terbentangnya keamanan?

keamanan dan keadilan
aku menunggu,mungkinkah di akhirat nanti.tidak!itu bukan mungkin tetapi itu pasti.

persoalannya di dunia ini.aku masih lagi terpinga pinga dan aku masih tertanya tanya di sudut manakah kawasan di dunia ini yang wujud keadilan dan keamanan.aku ingin pergi ke sana untuk merasainya.

jika di dalam diri tiada keadilan bagaimana hendak menegakkan keadilan???

pendek kata keadilan itu abstrak dan berubah ubah.ia sukar difahami dan fleksibel.jadi aku masih lagi hari ini seorang yang buntu dan terawang awang tanpa tempat berpijak.

bukan mahu merungut,tetai aku tidak faham.aku bukanlah seorang nabi yang sentiasa betul,dan bukan ahli akademik yang bijak meganalisis tetapi hanya seorang kerdil yang bertatih mencari makna kehidupan.mungkin ia terlalu abstrak untuk aku.atau aku yang lembab.

kadang aku tertawa mengenangkan kelakuan sepanjang aku hidup.banyak yang zalim dari  yang adil.tetapi tidak mengapa.ia menjadi pedoman bahawa siapa aku sebenarnya.supaya aku tidak lupa diri.

ada kalanya aku mahu terapung di udara berada di atas semua manusia dan memerhati sambi ketawa dan mengeluh "alangkah bagus jika semua manusia memahami antara satu sama lain".aku semakin mengerti bahawa perasaan benci dan tidak senang sentiasa berlegar dalam hati manusia,perasaan 'aku bagus" masih lagi menjadi barah di dalam hati manusia.alangkah nikmatnya jika ada alat yang mampu reset hidup ini.aku mahu hidup semula.tetapi inilah aku.aku manusia,manusia bukan tuhan.aku cuma mampu membaiki tetapi tidak mampu untuk tukar alat ganti yang bersifat rohani.

aku putuskan untuk belajar,walaupun bodoh dan malas tetapi jangan berhenti belajar.itu yang termampu.