Liberal atau bebas sedang melanda ke kampung kampung. Jangan tidak tahu bahawa liberalisme yang sedang masuk ke kampung kampung ini adalah hasil kerja kerajaan Malaysia yang sedang giat menyebarkan faham liberalisme.
Orang kampung diseru supaya celik IT, disuruh pergi ke sekolah, disuruh membaca dan disuruh supaya memajukan diri. Ini adalah bentuk liberalisme yang sedang diterapkan kepada orang kampung.
Liberal ini bermaksud bebas. Bebas itu bererti mempunyai ruang untuk menyebarkan ekspresi, fahaman, ideologi dan informasi. Bebas juga bererti bebas untuk berpersatuan, berparti (parti politik), berdiskusi, berdebat, dan berdemonstrasi.
Sedar tidak sedar dari paderi sehinggalah kepada petani di kampung, semuanya menganut faham liberalisme. Semua orang di negara Malaysia ini sedang mengamalkan faham liberalisme. Buktinya mereka menyertai pilihanraya, mereka percaya kepada kebebasan bersuara, percaya kepada bahawa ada ruang di negara ini untuk mereka menyampaikan idea, pendapat dan bantahan.
Walaupun ada di kalangan rakyat Malaysia yang menolak fahaman liberal tetapi mereka menyertai pilihanraya, mereka menubuhkan parti. Agak sangsi dengan mereka yang keliru ini. Mungkin sistem demokrasi berparlimen berasaskan perlembagaan ini tidak di fahami dengan baik oleh golongan ini.
Fahaman liberal inilah yang membuka ruang demokrasi, ruang untuk bersuara, ruang untuk berpersatuan, ruang untuk menyampaikan kritik.Tetapi fahaman ini ditolak oleh segolongan rakyat Malaysia atas alasan bertentangan dengan agama.
Saya berfikir, jika fahaman liberal ini tidak wujud, di UK, Russia, Jerman, Amerika, dan negara negara barat yang lain, sudah pasti umat Islam akan dihalau keluar dari negara terbabit dan dihalang untuk mengamalkan agama Islam.
Saya juga berpendapat jika agama Islam tidak mendokong liberal/kebebasan dan menjamin hak untuk beragama, bagaimana dahulu di Jerusalem Islam mampu untuk mentadbir dengan majoriti penduduk di sana beragama yahudi dan nasrani?
Saya keliru dan sangsi dengan segolongan orang yang menetang faham liberalisme di malaysia ini. Liberalisme ini adalah satu faham yang menjamin kebebasan untuk berfikir. Orang yang anti liberalisme ini adalah orang yang malas berfikir dan hanya mahu disuap.
Orang yang anti liberalisme atau konservatif ini juga anti kemajuan dan ketinggalan zaman. Saya berfikir apakah yang akan terjadi jika fahaman liberalisme ini tidak ada? maka dunia tidak akan maju, pentadbiran akan dikuasai oleh orang agama yang menggunakan agama sebagai benteng. Ilmu sains diharamkan dan kemajuan tidak akan bergolek dari langit.
Saya juga berfikir apa sumbangan yang menjadikan orang anti liberalisme ini hebat? Laman blog untuk saya berceloteh ini dicipta oleh seorang yang liberal, komputer dicipta oleh seorang ateis, facebook dicipta oleh seorang ateis yang liberal, dan lebih kelakar orang yang menentang liberal ini menggunakan medium liberal ini untuk menyampaikan dakyah anti-liberal.
Tanpa menyedari mereka juga sedang mengamalkan liberalisme. Mereka mengatakan ini adalah hak kami untuk bersuara dan menyampaikan kebenaran.Mereka menyebarkan idea mereka, kritikan dan pandangan.Semua hak ini tidak akan ada jika manusia tidak liberal.. Adakah ini lesen untuk menafikan hak orang lain?
Saya juga berfikir adakah sangat melampau golongan yang dikatakan liberal di malaysia ini? adakah mereka menuntut supaya agama diharamkan di malaysia? Adakah mereka menuntut supaya wanita tidak dibenarkan berhijab? adakah mereka menuntut supaya semua gereja dan masjid diruntuhkan dan digantikan dengan kelab gay dan lesbian?
Pendirian saya tetap. liberalisme ini hanyalah bahasa. Ia bererti kebebasan dan ruang untuk kita berwacana dan merencana dengan apa yang kita percaya. Saya juga menanti bahawa liberalisme ini akan diterjemahkan ke dalam bahasa arab agar ianya mudah difahami oleh segelintir masyarakat di Malaysia.
Wednesday, 26 November 2014
Monday, 17 November 2014
Restoring the traditional order. (bahagian 1)
Restoring the traditional order (mengembalikan pemerintahan tradisional berhaluan kanan dan fasis)
Esei oleh : Noam Chomsky
Itali merupakan salah satu kawasan utama yang diawasi oleh CIA semenjak agensi ini ditubuhkan. Kerisauan CIA bertambah apabila Parti Komunis Berjaya memenangi kuasa secara sah di dalam pilihanraya Itali 1948.
Pelbagai cara dan teknik dilakukan termasuklah membentuk pasukan polis yang fasis, menghancurkan kesatuan buruh dan mencatu makanan.Walaupun pelbagai cara dilakukan tetapi belum jelas Parti Komunis Berjaya dikalahkan…..bersambung
Esei oleh : Noam Chomsky
Perancang pasca perang seperti Kennan (George
Kennan merupakan ketua bahagian pembangunan negara AS sehingga tahun 1950)
mengerti bahawa adalah amat penting kepada korporat Amerika@US berwaspada jika masyarakat
industri barat cuba bangun semula selepas menghadapi kemusnahan dan kerosakan
akibat perang supaya mereka (industri barat) mengimport barangan US dan US
harus bersedia menyediakan peluang pelaburan.
Tetapi amat penting untuk masyarakat industri ini bangun semula mengikut acuan US.
Tetapi amat penting untuk masyarakat industri ini bangun semula mengikut acuan US.
Pemerintahan bercorak tradisional dan haluan
kanan harus dikembalikan. Dengan dominasi perniagaan, buruh dipisahkan (tanpa
kesatuan) dan dilemahkan, dan beban pembinaan semula sektor industri diletakkan
di atas bahu kaum pekerja dan orang miskin.
Perkara besar yang menghalang kepada proses
pengembalian order haluan kanan ini adalah gerakan antifasis dan golongan kiri
di seluruh dunia.
Jadi US meletakkan golongan kolaborasi antara fasis dan nazi di dalam pemerintahan acuan mereka.Kadangkala ia memerlukan paksaan dan keganasan, kadangkala ianya dilakukan dengan cara yang lembut seperti penipuan pilihanraya dan sekatan ekonomi.
Jadi US meletakkan golongan kolaborasi antara fasis dan nazi di dalam pemerintahan acuan mereka.Kadangkala ia memerlukan paksaan dan keganasan, kadangkala ianya dilakukan dengan cara yang lembut seperti penipuan pilihanraya dan sekatan ekonomi.
Cara ini telah dilakukan pada tahun 1942
apabila Presiden Roosevelt melantik Admiral Perancis, Jean Darlan sebagai
Gabenor-General kepada semua jajahan Perancis, Afrika Utara.Darlan merupakan
ketua kolaborator Nazi dan penulis undang undang anti semitik yang dijadikan
sebagai undang undang oleh kerajaan Vichy (boneka rejim nazi di Perancis).
Tetapi jauh lebih penting dalam usaha ini ialah
kawasan pertama di eropah yang merdeka iaitu selatan Itali. US@Amerika Syarikat
mengikut nasihat Churchill (perdana menteri Britain ketika itu) melantik hero
perang yang fasis iaitu Field Marshall Bagdolio dan King Victor Emmanuel III untuk
mengetuai kerajaan haluan kanan yang diktator di situ.
Perancang Perancang ekonomi US mengerti bahawa “ancaman”
di eropah bukan sahaja Soviet malah juga gerakan antifasis yang membawa idea
demokrasi yang radikal dan juga kemunculan parti parti komunis tempatan.
Untuk menghalang kemelesetan ekonomi yang akan menganggu gugat pengaruh mereka dan bagi membina semula ekonomi kapitalis di barat, US telah telah merancang satu rancangan iaitu Marshall Plan (eropah telah diberikan dana lebih dari $12 billion dalam bentuk pinjaman dan geran antara tahun 1948 dan 1951, dana ini kemudiannya digunakan untuk membeli eksport US ke eropah yang kemuncaknya pada 1949).
Untuk menghalang kemelesetan ekonomi yang akan menganggu gugat pengaruh mereka dan bagi membina semula ekonomi kapitalis di barat, US telah telah merancang satu rancangan iaitu Marshall Plan (eropah telah diberikan dana lebih dari $12 billion dalam bentuk pinjaman dan geran antara tahun 1948 dan 1951, dana ini kemudiannya digunakan untuk membeli eksport US ke eropah yang kemuncaknya pada 1949).
Di Itali, gerakan kaum pekerja dan proletar
yang diketuai Parti Komunis Berjaya mengalahkan 6 divisyen tentera jerman
semasa perperangan dan Berjaya memerdekakan utara Itali.
Selepas US membawa tenteranya masuk ke Itali, mereka menghancurkan gerakan antifasis ini dan mngembalikan struktur pemerintahan haluan kanan yang fasis.
Selepas US membawa tenteranya masuk ke Itali, mereka menghancurkan gerakan antifasis ini dan mngembalikan struktur pemerintahan haluan kanan yang fasis.
Itali merupakan salah satu kawasan utama yang diawasi oleh CIA semenjak agensi ini ditubuhkan. Kerisauan CIA bertambah apabila Parti Komunis Berjaya memenangi kuasa secara sah di dalam pilihanraya Itali 1948.
Pelbagai cara dan teknik dilakukan termasuklah membentuk pasukan polis yang fasis, menghancurkan kesatuan buruh dan mencatu makanan.Walaupun pelbagai cara dilakukan tetapi belum jelas Parti Komunis Berjaya dikalahkan…..bersambung
Saturday, 15 November 2014
Globalisasi Proses Normal Setiap Tamadun
Heboh di merata tempat, kedai kopi, sekolah, kolej dan universiti,
masyarakat membincangkan mengenai masalah sosial, politik dan ekonomi. Seringkali dilaungkan tentang globalisasi,
sama ada keluar daripada mulut atau dterjemahkan dalam penulisan.
Di kalangan professional, ahli perniagaan, dan pembuat dasar, globalisasi
seolah-olah menjadi satu perkataan yang tidak asing, malah inilah yang menjadi topik
utama, sama ada memilih menjadi sebahagian dari globalisasi. Persoalannya, adakah menyertai sebagai
peserta atau mangsa?
Secara umumnya, globalisasi merupakan proses yang membolehkan sesuatu
aktiviti (ekonomi, kebudayaan dsb) diperluas ke peringkat antarabangsa. Perkembangan
sistem komunikasi, dasar terbuka dsb: dalam era ~ sekarang ini, kita terdedah kepada
pengaruh budaya luar.
Faktor utama ialah, perkembangan pesat pasaran kewangan dunia secara
tidak langsung membuka ruang untuk sesuatu aktiviti (ekonomi, kebudayaan dsb)
ke peringkat global. Selain itu, ia juga
bermatlamat untuk memajukan perniagaan ke tahap antarabangsa dan silang budaya
antara masyarakat dunia.
Globalisasi juga merupakan proses integrasi dan interaksi antara
manusia, syarikat-syarikat dan kerajaan pelbagai Negara. Berikutan itu, ia
merupakan satu proses yang dipacu oleh perdagangan dan pelaburan antarabangsa
yang disemarakkan oleh kepesatan teknologi.
Ini bermakna globalisasi adalah
satu proses untuk menjadikan dunia bergerak sebagai satu, meletakkan pelaburan
dan perdagangan di bawah satu payung, menjadikan manusia bersatu atas etika
menerima kepelbagaian (plurality) dan meraikan budaya serta agama tanpa
konfrontasi dan kekerasan. Dalam erti
kata lain, globalisasi memerlukan sifat keterbukaan dalam meraikan keberagaman
idea, budaya dan agama masyarakat dunia.
Inilah realiti globalisasi yang dipandu oleh sistem pasaran bebas atau
kapitalisme. Keuntungan atau hasil menjadi tujuan utama globalisasi. Hakikat
ini tidak boleh dinafikan oleh masyarakat. Kita tidak mampu menipu diri sendiri
kerana sudah terpampang di depan mata bagaimana sesetengah syarikat yang
mengambil tanah orang awam dan bank yang mengenakan faedah yang tinggi kepada
peminjam, demi keuntungan dan pembangunan. Hutan ditebang dan gunung ditarah
demi kononnya sebuah kemajuan. Inilah realiti globalisasi hari ini.
Globalisasi merupakan proses normal yang dialami oleh setiap tamadun.
Saya mengambil contoh tamadun Islam dahulu. Tamadun Islam yang terpecah amnya
kepada zaman Umayyah, Abbasiah, Uthmaniyah turut mengalami proses globalisasi.
Persoalannya ialah bagaimana mereka menguruskan ekonomi melalui satu
sistem yang satu, iaitu sistem ekonomi Islam? Mereka cuba menyatukan tanah
jajahan mereka melalui hegemoni, sama ada melalui seni, reka bentuk dan budaya.
Buktinya kita boleh melihat asimilisasi unsur keislaman di setiap tanah jajahan
Islam. Istana Cordova di Sepanyol dan seni reka bentuk masjid dan istana di
setiap jajahan Islam mempunyai unsur yang sama adalah bukti bahawa globalisasi
pernah berlaku di tamadun-tamadun ini.
Kembali kepada realiti hari ini, globalisasi yang dipacu oleh kuasa-kuasa
besar seperti Amerika contohnya, menganjurkan pelbagai projek perniagaan
seperti The Trans-Pacific Partnership Agreement (TTPA) adalah satu proses
globalisasi melalui bidang ekonomi. Hal
ini dapat dilihat melalui tindakan Amerika Syarikat yang cuba menyatukan
negara-negara asia pasifik di bawah satu kerjasama perdagangan dan pelaburan
yang bebas.
Ini bermakna pelabur-pelabur dari semua negara yang terlibat dengan
perjanjian ini bebas untuk “berniaga”. Projek menjadikan perniagaan di bawah satu bumbung diketuai Amerika syarikat adalah projek ulung globalisasi pada hari ini.
Tidak lengkap jika membincangkan globalisasi tanpa membincangkan
liberalisasi. Liberalisasi yang bermaksud bebas ini ialah bebas dari dogma
agama dan budaya yang memisahkan masyarakat yg berlainan latar agama dan
budaya. Kejayaan liberalisasi diperlukan untuk memudahkan masyarakat menerima
globalisasi lantas menjadikan impian globalisasi ini tercapai dengan berjaya.
Apabila masyarakat sudah liberal (baca bebas) dan mampu meraikan perbezaan serta mampu
menerima idea globalisasi ini memudahkan golongan pemodal melabur dan berniaga.
Diingatkan kembali bahawa tujuan globalisasi yang dipimpin kapitalis pada hari
ini adalah untuk keuntungan dan hasil.
Pelbagai projek integrasi budaya antara negara-negara yang sedang dijalankan pada hari ini di
universiti, sekolah dan sebagainya adalah bukti bahawa projek globalisasi dan
liberalisasi sedang giat dijalankan. Pertukaran teknologi dan latihan
ketenteraan bersama merupakan satu projek-projek kecil di bawah projek agung
globalisasi yang dipimpin oleh tamadun kapitalis pada hari ini.
Pelbagai projek-projek kecil ini dilakukan demi menjaga kepentingan
projek globalisasi pada hari ini. Kepelbagaian dalam kesatuan ini adalah kunci
kepada kejayaan globalisasi. Walaupun hutan ditebang, loji nuklear yang
memudaratkan dibina dan tanah dipaksa dirampas, kita akan dipaksa menerimanya dan
tidak mampu melawan kerana globalisasi yang dipimpin oleh kapitalis ini
berkiblatkan keuntungan.
Tidaklah saya mahu mengatakan bahawa globalisasi yang dipimpin oleh sistem
kapitalis pada hari ini buruk semuanya. Masih ada perkara baik yang boleh
dipuji. Contohnya dari segi kemajuan teknologi, pembangunan dan sebagainya
adalah perkara yang kita boleh katakan sebagai nikmat hasil globalisasi.
Kita mampu memiliki teknologi internet, kemajuan seni bina dan
kemudahan logistik adalah kerana globalisasi. Globalisasi ini adalah normal dan
dilalui oleh semua tamadun yang pernah wujud di dalam dunia ini. Manusia
berinteraksi dan berintegrasi demi perdagangan dan perniagaan, berkongsi
teknologi dan bertukar tukar ilmu. Ini adalah natural dan sifat manusiawi yang
hidup bermasyarakat. Menyokong globalisasi dn liberalisasi bukanlah satu dosa
malah ia adalah satu proses kemajuan.
Tiada tamadun yang kekal selamanya. Masih adakah alternatif lain yang
mampu menggantikan sistem yang ada pada hari ini? Bagaimanakah bentuk
globalisasi pada masa hadapan? Masihkah materialistik dan keuntungan menjadi
matlamat manusia? Adakah manusia akan bangun melawan globalisasi hari ini
dengan menganjurkan satu sistem yang lebih baik menggantikan sistem kapitalis
hari ini? Adakah sistem tidak ditukar tetapi sistem kapitalis ini digantikan
dengan sistem yang lebih mengutamakan nilai manusiawi dan kebajikan berbanding
keuntungan?
Kesimpulannya, globalisasi harus dijana dengan penuh tanggungjawab.
Keuntungan bukanlah lesen untuk kita merosakkan alam dan menghalalkan
penindasan. Tidak kira apa sistem sekalipun tanggungjawab perlu ada dan harus
menghormati hak manusia dan alam. Jika system hari ini terus gagal
bertanggungjawab, maka ianya perlu diganti dengan alternatif yang lain.
AUKU 1971 adalah CANDU
Mahasiswa merupakan satu entiti dalam sebuah masyarakat
sivil. Mahasiswa merupakan satu golongan berpendidikan yang tidak sepatutnya
dikekang suaranya, dirantai pemikirannya dan dilumpuhkan aksinya.
Sebaliknya mahasiswa harus dibiarkan bebas beridea, mengkritik malah menyuarakan pendapat mereka secara bebas.
Hal ini tidak dapat disangkal di mana mahasiswa yang
kritikal dan kritis di universiti merupakan golongan yang sentiasa cakna
mengenai permasalahan masyarakat serta berpartisipasi dalam membela nasib
masyarakat yang kurang bernasib baik.
Hari ini kita dapat menyaksikan bahawa Auku 1974 atau nama penuhnya Akta Universiti Kolej Universiti merupakan satu akta yang sekian lamanya membelenggu mahasiswa dari menjadi seorang yang kritis dan kritikal.
Kewujudan HEP yang lahir sejak akta ini diluluskan sedikit sebanyak menghalang aktivsma mahasiswa yang kritis dan kritikal. HEP atau nama penuhnya Hal Ehwal Pelajar merupakan satu badan yang menguruskan hal ehwal pelajar di universiti menggantikan “student union”.
Dahulu sebelum tahun 1974 mahasiswa sering berada di jalanan. Mereka bersuara demi kebajikan masyarakat.
Sejarah membuktikan bagaimana Persatuan Mahasiswa Universiti
Malaya (PMUM) memperjuangkan nasib penduduk Baling yang dihimpit kemiskinan,
mahasiswa memperjuangkan nasib penduduk Teluk Gong yang dirampas tanah mereka
oleh pihak yang tidak berhati perut.
Mahasiswa turun ke jalan raya, berdemonstrasi menuntut kerajaan supaya berfikir dengan waras dan berhati perut.
Rentetan dari peristiwa demonstrasi mahasiswa ini, kerajaan
telah menubuhkan satu akta yang menyekat aksi dan idea mahasiswa dan akta itu
ialah Auku 1974.
Penubuhan akta ini mengakibatkan perubahan struktur pentadbiran universiti. Dahulunya kebajikan hal ehwal pelajar diuruskan oleh persatuan mahasiswa yang dipilih oleh mahasiswa digantikan oleh HEP.
HEP inilah yang menjadi pendokong kepada Auku yang menyekat
idea serta aksi mahasiswa yang sebelum ini bergelut dengan masalah masyarakat
dan rencam permasalahan sosial negara ini.
Sesiapa bersuara akan diancam, siapa yang beridea lain dari acuan kerajaan dianggap ancaman, siapa yang kritis dan kritikal dianggap subversif dan mengancam keamanan.
Mahasiswa tidak lagi dihormati, mahasiswa diperlekeh dan
lebih teruk mahasiswa yang merupakan pelapis kepada kepimpinan negara dianggap
sebagai musuh dan memalukan universiti.
Akta ini seringkali dikaitkan sebagai satu usaha murni kerajaan untuk memudahkan mahasiswa. Semenjak kewujudan badan HEP mahasiswa tidak lagi perlu risau akan kebajikan mereka.
Jika dahulunya kebajikan mahasiswa diuruskan oleh mahasiswa,
kini badan HEP yang menguruskannya.
Apabila mahasiswa kritis dan kritikal menyuarakan permasalahan masyarakat akan dituduh sebagai pembangkang yang subversif dan mengancam keamanan.
HEP mencandukan mahasiswa dengan idea bahawa universiti
adalah hanya tempat menuntut ilmu bukanlah tempat untuk berpolitik dan
memikirkan masalah masyarakat.
Ini amat bertentangan dengan konsep universiti sebagai gedung ilmu. Apakah ertinya jika ilmu yang diterima di universiti tidak dapat diaplikasikan? Bukan sahaja mahasiswa, malah pensyarah turut dikunci mulutnya dan dirantai idea-idea mereka.
Kesimpulannya, kewujudan Auku 1974 dan badan HEP adalah projek pembodohan tirani yang menyekat idea serta suara mahasiswa.
Bukanlah akta ini mahu memudahkan mahasiswa serta mengekang
mahasiswa menyertai pembangkang dengan alasan mahasiswa tugasnya hanya belajar
bukan berpolitik.
Ini adalah candu yang diberikan kepada mahasiswa agar khayal di dalam dunia ekslusif mereka, belajar di dalam dewan berhawa dingin serta biasiswa yang lumayan tanpa memikirkan masalah masyarakat.
Sebenarnya Auku dan HEP adalah projek pembodohan yang
menghalang mahasiswa daripada kritis dan kritikal membahaskan polisi kerajaan
dan turun menentang penindasan.
Sebenarnya mereka bukan takut mahasiswa menyertai parti pembangkang tetapi mereka mahu membunuh sikap kritis dan kritikal mahasiswa yang seringkali berlainan pendapat. Ini semua adalah demi survival politik pihak yang berkepentingan.
Hasilnya mahasiswa menjadi “pak angguk” yang takut bersuara secara kritis dan kritikal, mahasiswa menjadi mandom (baca lesu), tidak progressif malah takut untuk berfikir melampaui kotak serta menelan segala apa yg dimuntahkan oleh pensyarah di universiti tanpa usul periksa dan ragu ragu.
Hari ini masih ada mahasiswa yang lantang bersuara dan lantang menyuarakan keperitan masyarakat, tetapi sekali lagi Auku dan HEP mahu mencantas mereka ini. Jumaat ini lapan orang mahasiswa dari Universiti Malaya iaitu Fahmi Zainol yang merupakan presiden PMUM, Khairol Najib Hashim presiden PMIUM (Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya), Safwan Shamsuddin pengerusi Pro Mahasiswa Universiti Malaya, ahli PMUM – Yu Sheng Long, Adam Fistival Wifrid, Abraham, Syamimi Munira Mohamed dan Khairul Anwar – akan dikenakan tindakan tatatertib dan dihadapkan ke mahkamah universiti kerana membawa masuk Anwar Ibrahim untuk berucap di Universiti Malaya baru-baru ini.
Mereka juga berjuang mempertahankan Kampung Chubadak Tambahan yang dirampas tanah mereka baru-baru ini.
Akhir sekali, saya mahu melontarkan soalan yang perlu kalian jawab dengan ikhlas. Adakah ini tidak membunuh generasi yang kritkal dan kritis? Adakah ini tidak membunuh pelapis kepimpinan Negara?
Mereka ini adalah mahasiswa yang lantang ke depan mendepani isu rakyat tanpa mengira kaum dan agama.
Adakah kita rela universiti terus dikongkong Auku dan HEP dengan usahanya yang mengekang idea dan suara mahasiswa? Mahasiswa adalah tulang belakang dan pelapis kepada kepimpinan negara.
Pemimpin datang dan pergi. Apakah kita mahu dipimpin oleh
mereka yang penakut serta tidak kritis dan kritikal ideanya? Di manakah hala
tuju pendidikan Negara? Suarakan pendapat kalian dan sokonglah perjuangan
mahasiswa bagi membentuk sebuah masyarakat sivil. – 5 November 2014
Wednesday, 29 January 2014
Jangan Bunuh Bahasa Ibunda
Aku tertarik dengan tatu milik seorang aktivis ketika keluar bersosial yang berbunyi "jangan bunuh bahasa ibunda" yang ditulis dalam tulisan jawi.Sambil minum, aku berfikir apa ada dengan bahasa ibunda.Adakah bahasa ibunda masih hidup?Apakah bahasa ibunda masih lagi relevan?Apakah anak muda seperti aku masih lagi memandang tinggi dan bangga akan bahasa ibunda?
Semua ini berlaku pantas,sepantas rokok dibakar.
Khir Johari telah menukar penggunaan tulisan jawi kepada rumi pada tahun 1966 ketika beliau memegang jawatan sebagai menteri pelajaran.Tindakan Khir Johari tidaklah dianggap sebagai cerdik, berani atau progressif.Tetap tersemat bagi aku beliau hanyalah sosok yang membunuh warisan tulisan jawi.Sosok ini harus dipertanggungjawabkan atas kejahilan bangsa aku dalam membaca tulisan jawi.
Bukanlah aku ini bersifat perkauman, tetapi hari ini aku melihat anak-anak Melayu seolah-olah sesat dalam perjalanan mencari identiti.Setiap bangsa mempunyai ras,bahasa dan budaya mereka.Tidak ketinggalan Melayu yang asalnya mempunyai identiti sendiri.Ya benar, tulisan jawi itu asimilisasi dari abjad arab dan rumi datang dari abjad inggeris.Ini memang tidak dapat dinafikan kedua-duanya adalah asimilisasi dari identiti bangsa lain, tetapi bagi aku tulisan jawi merupakan lambang persaudaraan antara bangsa melayu dan bangsa arab ketika itu.Tulisan melayu Jawi tidak seharusnya dibunuh kerana ia adalah warisan sejarah identiti bangsa Melayu.
Ini berkait rapat dengan teori kedatangan Islam ke nusantara yang diperkenalkan John Crawford disokong oleh Syed Naquib yang berteori bahawa Islam datang dari tanah arab.Hujahnya jika dilihat tulisan jawi merupakan asimilisasi tulisan arab maka mereka bersetuju Islam itu datang dari tanah arab itu sendiri.Jika kita biasa dengan nama Hamzah Fansuri, Nuruddin al Raniri, dan Abdul Samad al Palembangi, mereka ini adalah ulama nusantara yang menulis kitab mereka di dalam tulisan jawi.
Bahasa Melayu kini
Akhir ini aku melihat bahawa anak Melayu semakin jauh sesat dalam mencari identiti.Nama diberi pun seolah-olah mengiyakan kondisi sesat dalam mencari identiti, maka lahirlah golongan anak Melayu moden hasil dari tulisan rumi yang dibawa Khir yang menulis Bahasa Melayu seakan tidak pernah diajar tatabahasa di sekolah.Mungkin mereka ini ponteng kelas atau malas belajar.
Semua ini berlaku pantas,sepantas rokok dibakar.
Khir Johari telah menukar penggunaan tulisan jawi kepada rumi pada tahun 1966 ketika beliau memegang jawatan sebagai menteri pelajaran.Tindakan Khir Johari tidaklah dianggap sebagai cerdik, berani atau progressif.Tetap tersemat bagi aku beliau hanyalah sosok yang membunuh warisan tulisan jawi.Sosok ini harus dipertanggungjawabkan atas kejahilan bangsa aku dalam membaca tulisan jawi.
Bukanlah aku ini bersifat perkauman, tetapi hari ini aku melihat anak-anak Melayu seolah-olah sesat dalam perjalanan mencari identiti.Setiap bangsa mempunyai ras,bahasa dan budaya mereka.Tidak ketinggalan Melayu yang asalnya mempunyai identiti sendiri.Ya benar, tulisan jawi itu asimilisasi dari abjad arab dan rumi datang dari abjad inggeris.Ini memang tidak dapat dinafikan kedua-duanya adalah asimilisasi dari identiti bangsa lain, tetapi bagi aku tulisan jawi merupakan lambang persaudaraan antara bangsa melayu dan bangsa arab ketika itu.Tulisan melayu Jawi tidak seharusnya dibunuh kerana ia adalah warisan sejarah identiti bangsa Melayu.
Ini berkait rapat dengan teori kedatangan Islam ke nusantara yang diperkenalkan John Crawford disokong oleh Syed Naquib yang berteori bahawa Islam datang dari tanah arab.Hujahnya jika dilihat tulisan jawi merupakan asimilisasi tulisan arab maka mereka bersetuju Islam itu datang dari tanah arab itu sendiri.Jika kita biasa dengan nama Hamzah Fansuri, Nuruddin al Raniri, dan Abdul Samad al Palembangi, mereka ini adalah ulama nusantara yang menulis kitab mereka di dalam tulisan jawi.
Bahasa Melayu kini
Akhir ini aku melihat bahawa anak Melayu semakin jauh sesat dalam mencari identiti.Nama diberi pun seolah-olah mengiyakan kondisi sesat dalam mencari identiti, maka lahirlah golongan anak Melayu moden hasil dari tulisan rumi yang dibawa Khir yang menulis Bahasa Melayu seakan tidak pernah diajar tatabahasa di sekolah.Mungkin mereka ini ponteng kelas atau malas belajar.
Melayu yang sesat dalam berbahasa
Bukannya aku menentang tulisan rumi, aku cuma bertanya kita ini bangsa apa dan apa identiti kita. Bukanlah mahu berbangga akan bangsa cuma risau akan identiti bangsa ini.Ketika orang Jepun maju dengan bahasa mereka, ketika India terus mundur dengan bahasa inggerisnya, ketika melayu sesat dalam identitinya.Cuma kadang aku terfikir jika terus menggunakan jawi, bahasa seperti di atas mungkin tidak wujud.Mungkin ini bangsa baru pecahan dari Melayu.Apa pun yang berlaku, penggunaan bahasa inggeris sebagai nama pertubuhan yang memperjuangkan bangsa melayu seperti UMNO (united malays national organisations) merupakan kesilapan yang paling baghal tercatat dalam perjalanan bangsa Melayu mencari identiti.
Tiada guna kalau tiada siapa reti baca.
Friday, 18 January 2013
bawani dan sharifah..saorang mamak dan saorang india.
bawani seorang india
sharifah adalah mamak 1 malaysia.
listen listen listen listen listen
sharifah adalah presiden suara 1 malaysia
dan juga seorang pencinta haiwan
aku hairan
seorang wanita mampu memahami masalah haiwan
kucing lembu ikan jaws
dan banyak lagi haiwan ada masalah
bawani seorang india
seorang pelajar jurusan undang undang
aku tdak hairan
seorang wanita sosialis memperjuangkan hak
oleh kerana sharifah hanya tahu tentang masalah haiwan
beliau terlupa masalah manusia
beliau terlupa mahasiswa seperti bawani mempunyai masalah
beliau terlupa berapa ramai homeless di malaysia yang punya masalah yang sama
beliau terlupa berapa ramai manusia yang punya masalah yang sama
masalah yang aku pun tak tahu sampai bila akan selesai
sharifah ada o level
bawani pula seorang pelajar undergraduate
ini menjadi dinding bagi sharifah untuk menerima pandangan bawani
masalah ini bukan sahaja ada pada sharifah,masalah ini ada pada semua orang
listen listen listen listen listen
berapa ramai ketua yang mampu dengar dan terima pandangan orang bawahan
berapa ramai pensyarah yang mampu menerima kritikan dan pendapat
berapa ramai manusia yang mampu terima pandangan orang lain
ketika semua sedap menghentam sharifah
lihatlah jugak pemimpin parti kamu
lihatlah jugak pada pemimpin jemaah kamu
kamu semua didoktrin dengan cara yang sama
tiada siapa yang mahu dengar kata kata kamu
ini kerana
'aku ketua,kau orang bawahan,listen to me and dont speak'
'kalau x suka dengan cara parti ini sila keluar parti'
mungkin ada segelintir dari kita yang tidak bersetuju dengan sharifah,masih lagi anda ingat dengan video ini?? :
berapa ramai "sharifah" yang ada di belakang???
anda nilai, adakah bila pembangkang memerintah akan wujud kebebasan bersuara yang sebnarnya?
atau hanya alasan kuda pembangkang dan mat taksub untuk menjatuhkan UMNO??
kah kah kah
proses pembodohan akan diteruskan kerajaan,walau siapa pun yang memerintah.
sharifah adalah mamak 1 malaysia.
listen listen listen listen listen
sharifah adalah presiden suara 1 malaysia
dan juga seorang pencinta haiwan
aku hairan
seorang wanita mampu memahami masalah haiwan
kucing lembu ikan jaws
dan banyak lagi haiwan ada masalah
bawani seorang india
seorang pelajar jurusan undang undang
aku tdak hairan
seorang wanita sosialis memperjuangkan hak
oleh kerana sharifah hanya tahu tentang masalah haiwan
beliau terlupa masalah manusia
beliau terlupa mahasiswa seperti bawani mempunyai masalah
beliau terlupa berapa ramai homeless di malaysia yang punya masalah yang sama
beliau terlupa berapa ramai manusia yang punya masalah yang sama
masalah yang aku pun tak tahu sampai bila akan selesai
sharifah ada o level
bawani pula seorang pelajar undergraduate
ini menjadi dinding bagi sharifah untuk menerima pandangan bawani
masalah ini bukan sahaja ada pada sharifah,masalah ini ada pada semua orang
listen listen listen listen listen
berapa ramai ketua yang mampu dengar dan terima pandangan orang bawahan
berapa ramai pensyarah yang mampu menerima kritikan dan pendapat
berapa ramai manusia yang mampu terima pandangan orang lain
ketika semua sedap menghentam sharifah
lihatlah jugak pemimpin parti kamu
lihatlah jugak pada pemimpin jemaah kamu
kamu semua didoktrin dengan cara yang sama
tiada siapa yang mahu dengar kata kata kamu
ini kerana
'aku ketua,kau orang bawahan,listen to me and dont speak'
'kalau x suka dengan cara parti ini sila keluar parti'
mungkin ada segelintir dari kita yang tidak bersetuju dengan sharifah,masih lagi anda ingat dengan video ini?? :
anda nilai, adakah bila pembangkang memerintah akan wujud kebebasan bersuara yang sebnarnya?
atau hanya alasan kuda pembangkang dan mat taksub untuk menjatuhkan UMNO??
kah kah kah
proses pembodohan akan diteruskan kerajaan,walau siapa pun yang memerintah.
Tuesday, 8 January 2013
persepsi sukar diubah tetapi boleh dicabar.
persepsi dan pandangan manusia adalah sesuatu yang terbina secara penilaian mata dan kadangkala jauh dari hati.persepsi inilah yang mengundang kepada kebencian,kedengkian dan cinta serta ketaksuban.
ramai manusia hanya memandang kulit tanpa mengenal isi.jika kulitnya buruk bagi manusia isinya juga buruk.ini tidak dapat dielakkan kerana luaran adalah gambaran dalaman.Tetapi adakah penilaian itu adil??
ramai juga yang mengaku kononnya "dont judge a book by its cover",tetapi masih menggunakan persepsi untuk membuat penilaian.ini adalah satu penipuan terhadap diri sendiri.
tetapi persepsi ini sangat sukar diubah.begitulah perasaannya jika persepsi awal yang diberi itu buruk terhadap kita akan terasa bagai tiada ruang untuk mengubahnya tetapi pesepsi ini boleh dicabar.
kadangkala kita melihat bahawa manusia yang baik tergambar pada pakaian.maka ramai manusia menggunakan pakaian untuk menipu kita.
kadangkala kita melihat bagusnya akhlak melalui perkataan yang baik.maka ramai yang menggunakan kata kata untuk menipu kita.
kadangkala kita melihat alimnya seseorang dengan melihat betapa alim dan abidnya.maka ramai manusia yang menggunakan agama untuk menipu kita.
untunglah orang yang ikhlas.
perkataan
pakaian
amal
akhlak
ini adalah nilai yang membentuk persepsi manusia terhadap kita.
ada kalanya baik tetapi masih ada yang melontar pandangan dan persepsi jelik terhadap kita maka bersabarlah dan bangun mencabar persepsi ini.
bangun dan cabarlah persepsi buruk itu,sehingga manusia jemu untuk membencimu.
ada kalanya lebih bagus menjadi diri sendiri dan mempunyai persepsi buruk daripada menjadi sebaliknya.
persepsi liar ini sebenarnya adalah penyakit hati manusia yang sukar diubah.
bila mengetahui cinta akan ada risiko untuk membenci
bila mengetahui keamanan akan ada risiko untuk berperang
bila mengetahui kegembiraan akan ada risiko untuk untuk bersedih
untunglah yang ikhlas dan rugilah yang munafik
Subscribe to:
Posts (Atom)









